Dengan hanya guna laser, perjalanan ke Marikh ambil masa 45 hari sahaja

Dengan hanya guna laser, perjalanan ke Marikh ambil masa 45 hari sahaja laser printer style laser laser hair removal planet marikh marikh

 

Penerokaan angkasa pada zaman serba canggih ini bukan lagi satu angan-angan mat jenin. Dalam masa beberapa tahun, iaitu sekitar 2030, NASA sudah merancang untuk menghantar manusia ke marikh.

Negara China juga tidak terlepas mempunyai cita-cita yang sama. Malah, individu seperti Elon Musk dan Jeff Bezos pun juga ada misi ke Marikh tersendiri.

Dengan hanya guna laser, perjalanan ke Marikh ambil masa 45 hari sahaja

Salah satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam misi tersebut adalah bagaimana mahu ke planet Marikh dalam masa yang singkat. Ini kerana, anggaran Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), perjalanan manusia ke Marikh memerlukan masa 500 hari.

Walau bagaimanapun, selepas ini perjalanan yang panjang itu mungkin dapat disingkatkan kepada 45 hari sahaja. Bagaimana? Ia akan menggunakan sistem laser.

Menurut laporan, pasukan jurutera Universiti McGill dari bandar Montreal, Kanada telah membangunkan sistem laser thermal propulsion. Fungsinya adalah di mana cahaya laser digunakan untuk memanaskan bahan api hidrogen.

Laser besar ini akan dilepaskan dari bumi. Kemudian, ia akan mengalirkan kuasa kepada panel fotovoltaik pada kapal angkasa yang menjana kuasa elektrik. Secara tidak langsung menghasilkan tujahan.

Dengan hanya guna laser, perjalanan ke Marikh ambil masa 45 hari sahaja laser printer style laser laser hair removal planet marikh marikh

Selepas itu, kapal angkasa tersebut akan memecut dengan laju ketika dilancarkan berhampiran bumi sebelum menuju ke Marikh pada bulan berikutnya.

Kemudian, bahagian utama seterusnya akan mendarat di Marikh. Manakala bahagian selebihnya dikembalikan ke bumi untuk dibaiki dan dikitar semula.

Seperti yang dinyatakan, misi ini tidak mustahil dan boleh menjadi kenyataan jika menggunakan roket berkuasa pembelahan nuklear. Akan tetapi ia menimbulkan risiko radiasi.

Dalam pada itu, pasukan jurutera itu mengatakan sistem laser tersebut secara tidak langsung mempunyai keupayaan mewujudkan pengangkutan pantas bagi penerokaan angkasa.

Tambah mereka, diramalkan satelit seberat 90.27 kg boleh dihantar ke Marikh dalam masa tiga hari sahaja dengan sistem laser ini.

Tonton:

Berita Lain:

Budak delivery pecut X50 hingga 180km/j sampai eksiden, berkecai impian nak merasa

Hukuman mati paling kejam sepanjang zaman didedahkan, tak kuat jangan tengok

Orang Gaji Sarimah larikan diri, “Sia-sia je aku bagi kau macam-macam”

CATEGORIES