Pendedahan berani daripada Dato Lokman Nor Adam beberapa hari lepas berhubung hasrat presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang ingin membawa UMNO bekerjasama dengan Tun Mahathir akhirnya membawa padah apabila beliau akhirnya dipecat. Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam satu posting Facebooknya petang tadi mempertikai cara pemecatan dilakukan.
Menurut Dr Puad Zarkashi seperti dipetik dalam halaman facebooknya menulis :
Dato Lokman Adam hari ini dipecat sebagai ahli UMNO atas syor Biro Politik bukan atas syor Lembaga Disiplin. Apa fungsi Lembaga Disiplin? Kenapa Hishamuddin Hussien On tidak dikenakan tindakan sama. Tidakkah perbuatan beliau mengadakan pertemuan beberapa kali dengan Tun M tanpa memaklumkan MKT dan Presiden UMNO adalah melanggar disiplin parti. Ia juga tidak menghormati institusi Presiden. Bukan kerana mahu mempertahankan Lokman tetapi tindakan mestilah adil dan jangan selektif. Apa pun saya telah menyuarakan pendirian saya ini dalam MKT. Tapi GAGAL.
UMNO mengecam tindakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Lokman Noor Adam yang mengkritik Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mendedahkan rahsia Mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, menjelaskan tindakan Lokman yang mendedahkan rahsia parti kepada umum adalah tidak bertanggungjawab dan boleh merosakkan imej parti.
Katanya, semua ahli termasuk Lokman sepatutnya mematuhi prinsip dan tatacara dipegang UMNO kerana segala keputusan parti akan diputus melalui saluran yang betul serta tepat.
“Justeru, menghebahkan apa yang disebut oleh Presiden UMNO dalam mesyuarat tertutup seperti dilakukan Lokman adalah tindakan salah.