Debat isu TH : Mujahid dan Azeez bakal berentap

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof tiada masalah untuk berdebat dengan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Mujahid juga bersetuju dengan syor Sinar Harian untuk menjadi penganjur debat berkenaan kedudukan TH yang sebelum ini menimbulkan kekecohan dalam sidang Dewan Rakyat.

“Saya ucap terima kasih kepada Sinar Harian kerana sudi mencadangkan platform yang bebas dan berkecuali demi menjayakan satu perdebatan yang bertamadun dan sihat.

“Saya ok….YB Baling ok?,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Terdahulu, Sinar Harian bersedia untuk menjadi penganjur debat dan menemukan Mujahid dengan Abdul Azeez.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling dalam reaksinya kemudian bersetuju untuk berdepan dengan Mujahid.

“Saya mendapat satu jemputan debat dan saya dengan jiwa yang terbuka bersetuju dengan cadangan ini.

“Semoga ahli panel yang dicadangkan, wakil rakyat Parit Buntar dapat memberikan jawapan untuk cadangan debat ini.

“Saya menunggu maklum balas dari pencadang sama ada wakil rakyat Parit Buntar sudi dengan jemputan ini,” katanya Abdul Azeez.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/mujahid-ok-berdebat-dengan-azeez-sinar-harian-jadi-penganjur/