Datuk Seri ditahan Polis kerana pelaburan Forex

Datuk Seri ditahan Polis kerana pelaburan Forex .Satu sindiket penipuan pelaburan dikenali Forex GCG Asia membabitkan kerugian keseluruhan berjumlah RM2.94 juta tumpas selepas 10 individu termasuk seorangnya bergelar ‘Datuk Seri’ ditahan.

Kesemua warga tempatan berusia dalam lingkungan 29 hingga 64 tahun terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita itu ditahan dilakukan di sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor pada 1 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata,hasil serbuan itu, beberapa buah kenderaan, sejumlah barangan dan dokumen dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti penipuan pelaburan yang dilakukan oleh pihak sindiket berjumlah sebanyak RM126,964,300.91 dirampas.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati sindiket itu mula beroperasi sekitar tahun 2018 dan semua yang ditahan memainkan peranan sebagai broker, agen pencari pelabur, pengurus kewangan dan pemilik akaun.

“Selain itu juga, salah seorang daripada mereka didapati bertindak sebagai dalang utama sindiket ini.

“Sindiket ini menyasarkan majoriti warga tempatan sebagai mangsa dengan mempromosikan pelaburan berasaskan Forex dengan kadar pulangan secara mingguan antara 12 peratus hingga 14 peratus dari jumlah modal yang dilaporkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai modus operandi yang digunakan, Kamarudin berkata, para pelabur kemudian akan dimaklumkan bahawa wang pelaburan mereka akan dilaburkan oleh Syarikat GCG Asia ke dalam pelbagai medium untuk menjana keuntungan yang besar.

“Pelabur akan diberi pautan laman web pelaburan bersama dengan kata laluan. Mereka boleh melihat jumlah keuntungan tetapi jumlah itu tidak boleh dipindahkan atau ditunaikan.

“Sindiket pelaburan ini seterusnya akan memutuskan hubungan komunikasi dengan pelabur setelah mendapat jumlah pelaburan yang besar dan memberhentikan operasi skim pelaburan secara tiba-tiba,” jelasnya.

Tambah beliau, kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

“Sembilan tahanan direman sehingga 5 Januari manakala seorang lagi direman sehingga 4 Januari dan kita sedang memohon sambung reman.

“Daripada jumlah tahanan itu juga, empat orang mempunyai rekod jenayah kesalahan penipuan manakala yang lain tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya.

Justeru itu, Kamarudin mengingatkan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan menjadi mangsa sindiket penipuan

“Skim pelaburan itu biasanya dipromosikan menerusi platform media sosial seperti Facebook, YouTube serta aplikasi sembang seperti WhatsApp dan WeChat dengan modal serendah AS100,” jelasnya

BACA:

Saham dibeli adik guna akaun Azam Baki, kata Panel SPRM
“SOP hancur, penjarakan sosial sifar”, keluh penumpang MRT
Jangan terkejut jika Pas tinggalkan Bersatu kelak, kata Puad

Artikel ini disiarkan pada 05/01/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] Datuk Seri ditahan Polis kerana pelaburan Forex […]