Dari Paskal ke Gay, “cepat sangat berubah ni”

Dari Paskal ke Gay, “cepat sangat berubah ni”

Gambit Saifullah bukanlah baru dalam industri hiburan tanah air. Pelbagai karakter, drama dan filem pernah dibintanginya membuatkan pelakon lelaki ini memiliki pengalaman berlakon cukup luarbiasa sekali.

Namun sejak akhir-akhir ini, kemunculan Gambit Saifullah dalam sebuah drama berjudul Suamiku Lelaki Pendosa telah membuatkan namanya kembali memuncak dan menjadi perhatian ramai.

Dari Paskal ke Gay, "cepat sangat berubah ni"

Manakan tidak, dalam drama tersebut lakonannya cukup menjadi. Malah satu video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama akaun amy_raffaello ini telah mencuri perhatian warganet.

Dalam perkongsian itu dipaparkan pelakon Gambit dari Paskal ke karakter drama baru ini yang cukup berbeza sekali. Untuk info, dalam filem Paskal Gambit memegang watak sebagai Gagak.

Berikut adalah perkongsian rakaman pelakon Gambit dari Paskal ke karakter drama baru ini:

@amy_raffaello sempena genap setaun bertiktok..tq pda smua yg sllu sapot sy.. #suamikulelakipendosa #gambitsaifullah #aaronaziz #amyraffaello #otakdahbebal #kydfc ♬ original sound – amy_raffaello

Perkongsian rakaman tersebut telah meraih lebih 600 ribu tontonan dan 48 ribu likes. Dari dua perbezaan karakter ini terbukti bahawa Gambit Saifullah cukup berbakat dan mampu untuk melakonkan pelbagai watak.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji lakonan Gambit dalam drama tersebut. Berikut antara reaksi ramai tersebut:

Tonton:

Berita Lain:

Pengantin lelaki ‘sahkan’ akad nikah sendiri, ini reaksi nakal bakal mak mentua

Rupanya ini orang dibelakang RFID, patutlah..

Tular di media sosial penjual pau macam ‘bidadari syurga’, ramai cari lokasi..

CATEGORIES