Dapat suntikan vaksin kosong, KKM arah siasatan dalaman

KKM

Dapat suntikan vaksin kosong, KKM arah siasatan dalaman.Hospital Banting, Selangor diarah melakukan siasatan dalaman terhadap tindakan seorang lelaki yang membuat laporan polis selepas mendakwa diberi suntikan kosong vaksin Covid-19, Rabu lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut isu itu berikutan ia dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Namun kita sudah hubungi Pengarah Hospital Banting supaya melakukan siasatan dalaman mereka.

“Pengarah hospital dilaporkan sudah menemui vaksinator berkenaan dan ada alasan tertentu diberikan terhadap kejadian itu.

vaksin

“Kita minta pengarah arahkan vaksinator supaya kemukakan bukti yang diperlukan untuk membela dirinya,” katanya ketika dihubungi.

Rabu lalu, seorang lelaki di Kapar, Klang membuat laporan polis selepas dia mendakwa diberi suntikan kosong vaksin Covid-19 di Hospital Banting.

Lelaki itu dilaporkan dia datang untuk janji temu menerima suntikan vaksin Pfizer di hospital itu pada jam 11 ​​pagi dan mendakwa terdapat banyak jarum suntikan yang mengandungi cecair di atas meja di bilik suntikan.

Sementara itu, Dr Adham yang juga Ahli Parlimen Tenggara berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti semua hasil siasatan sebelum membuat keputusan lanjut.

“Kita nak tengok hasil siasatan dulu sama ada terdapat kesilapan vaksinator atau kesilapan teknikal termasuk tidak mematuhi prosedur yang perlu dipatuhi.

“Kita juga nak lihat sama ada video yang ditularkan itu sahih atau tidak.

“Semua vaksinator sudah diberi garis panduan dan ada prosedur tertentu perlu dipatuhi, seharusnya tidak akan timbul isu sebegini,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/728842/picagari-kosong-hospital-banting-diarah-buat-siasatan-dalaman

Jika Terlepas: Menteri Umno hanya jadi jurucakap Muhyiddin, dakwa Najib