“Dapat suami tak banyak cakap, menyesal kahwin dulu tak ikut cakap mak, stres aku”

Seorang wanita mula merasakan dirinya langsung tidak dihargai oleh suami yang disayanginya selepas hampir dua tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.

Gigih berusaha mengambil hati dan memberi perhatian penuh kepada suami, wanita dikenali sebagai Wardah itu malah menerima layanan yang sangat dingin daripada lelaki berkenaan.

Hampir berputus asa menyelamatkan rumah tangganya, berikut perkongsian Wardah yang membuat perkongsian menerusi satu hantaran dimuat naik di sebuah forum di atas talian.

“Assalamualaikum, saya Wardah. Ini kali pertama nak meluah. Saya buntu, tertekan dan sunyi kerana tiada ahli keluarga di sisi.

Mereka semua dekat luar negara. Hanya tinggal saya dan adik bongsu yang sedang belajar tahfiz di pondok. Saya berusia 25 tahun, masih mengikuti pengajian sarjana muda (degree) untuk tahun ketiga.

“Dapat suami tak banyak cakap, menyesal kahwin dulu tak ikut cakap mak, stres aku”

Baca Artikel Penuh