Dalam undang-undang ada benda yang di namakan precedent, yang mana precedent boleh di jadikan satu rujukan dalam kes undang-undang yang sama pada masa hadapan.Biasanya precedent dalam kes undang-undang ini sangat specific macam kes X lawan Y tahun 200x.
Benda ini sama dengan fatwa, dahulu ada ulama kedudukan berfatwa boleh jadi kafir hanya dengan mengatakan politik suku dan agama suku secara open bracket. Semua tahu apa repercussion dari fatwa tersebut, sampai ada nyawa yang melayang dari pihak mereka dan juga pihak polis. Lepas itu mereka berfatwa lagi yang terkorban itu syahid walaupun mereka sebenarnya bughah. Ianya mengambil masa 38 tahun untuk kebenaran muncul, akhiranya orang yang mengeluarkan fatwa itu sendiri berlepas diri dengan fatwanya bila dia kata insiden tersebut adalah terpencil. Yang pelik nya ulamak tadi boleh bersama sepentas dengan mereka yang di kafirkan dahulu walaupun yang sana masih berjuang atas panji agama suku & politik suku.
Kenapa saya menulis perkara ini? Ini untuk mengingatkan kita yang waima Ulama besar sekalipun keluarkan fatwa, kita sebagai orang awam tidak boleh bulat-bulat terima. Kita wajib berfikir atas setiap perbuatan kita. Kalau kita wala membuta sampai hilang nyawa; siapa yang hendak bertanggung jawab atas darah yang tertumpah akibat dari ghuluw? Kalau di dunia mereka sudah berlepas diri, apa jaminan mereka akan bertanggungjawab di hadapan Rabbuljalil?
Contoh perkara yang terjadi beberapa hari lepas bila ada suspek yang bunuh orang bukan Islam, ada orang yang bermudahan fatwa yang suspect sebagai syuhada. Kalau yang bunuh itu syuhada apa status polis yang membunuh “syuhada” tersebut? Kita jangan lupa punca sebenar kes bunuh tersebut akibat dari golongan ruwaibhah yang gagal memahami fatwa ghulu dari ulama-ulama politik. Mereka di momokkan dengan Islam terancam, orang kafir naik tocang oleh agamawan sendiri; bila ada nyawa terkorban, agamawan tadi mudah sahaja berlepas diri. Sepatutnya asatizah itu mendamaikan kerana asatizah adalah wakil tuhan, tapi wakil tuhan macam mana yang tiap-tiap hari hasut permusuhan dan menanam kebencian?
Ini sama dengan asatizah besar berautoriti sendiri buat kenyataan tajussus; kalau yang ada kuasa pun halalkan tajussus, dia telah tetapkan “dangerous precedent/ duluan yang bahaya” bahawa tajussus halal demi matlamat perjuangan secara open bracket . Banyak kali saya ulang, kata-kata yang baik itu satu dakwah; ada kesannya pada masyarakat dan kata-kata yang buruk itu juga ada kesan rama-ramanya (butterfly effect).
Kalau masyarakat mula tajussus, suu’zon tak sebut nama; bergaduh dan berpecah belah, jangan lupa ianya saham yang di mulaikan oleh asatizah besar berautoriti. Sepatutnya asatizah tadi bawa mesej perdamaian, Islam itu rahmat untuk seluruh Alam, Islam pentingkan kasih sayang dan kebenaran.
Bukannya bawa mesej assobiyyah dan Islam itu hanya milik satu bangsa atau ciri umarak mereka adalah adalah sang kuku besi dari timur tengah.
FB Mohd Mukhlis Mohd Sharif