Dana untuk TAR UC akan diguna untuk martabatkan UEC, tahniah pejuang Melayu

Umum mengetahui bahawa Universiti Awam seperti UM, UKM, UIA, UniSZA, UUM, USM dan sebagainya semuanya TIDAK MENGIKTIRAF UEC.

Jadi pemimpin terunggul MCA iaitu Dewa Wee Ka Siong buat apa?

Wee Ka Siong yang menjaga portfolio pengangkutan melangkaui batas portfolio pengangkutan dan suruh Menteri Kewangan Melayu Muslim serta Menteri Pendidikan Melayu Muslim menaikkan peruntukan kepada institusi swasta TAR.

Menteri Kewangan Melayu Muslim serta Menteri Pendidikan Melayu Muslim patuh dengan permintaan Dewa Wee Siong. Akhirnya institusi swasta TAR yang dimiliki MCA berjaya dapat peruntukan yang lebih tinggi (RM58 JUTA).

Institusi swasta TAR milik MCA buat apa dengan RM58 JUTA ini? Dia agih unlimited punya biasiswa UEC.

Saya ulang. UNLIMITED PUNYA BIASISWA UEC.

Pendorongan pengambilan UEC (sebab ada biasiswa UEC secara unlimited) bakal menaikkan lagi minat terhadap UEC. Maka jangan hairanlah jika di tahun-tahun akan datang, UEC menjadi semakin popular manakala STPM akan menjadi kurang kerana UNLIMITED PUNYA BIASISWA UEC sudah dijamin oleh MCA pimpinan  Wee Ka Siong.

Dengan UEC semakin menjadi semakin popular, tuntutan mengiktiraf UEC akan menjadi semakin kuat. Bermula dengan IPTA lain, kemudian masuk jabatan perkhidmatan awam.

Itulah yang dinakkan. Kan?

saya ucapkan kepada macai-macai UMNO PAS yang dulu lantang memperjuangkan sistem pendidikan kebangsaan dan sistem pendidikan satu aliran. Arwah dulu baik orangnya.

Sumber: