Dakwaan tidur sebilik dengan teman lelaki, Janna Nick akhirnya buka mulut. Dituduh tidur sebilik dengan kekasihnya, Dini Schatzmann ketika bercuti di London pada bulan lalu, pelakon Janna Nick menjelaskan dia tidak pergi berdua.
Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner 27, berkata, dia ke sana bukan sekadar bercuti, malah menjalani penggambaran telefilem terbitan syarikatnya.
Saya ada melihat dan ternampak komen netizen namun memilih untuk menjaga kesihatan mental saya. Oleh itu, saya tidak melayan komen-komen begitu.
“Cukuplah tahu kebenaran. Sebenarnya percutian ke London itu sekali gus turut penggambaran. Bukan kami berdua saja, malah ada ibu bapa, adik-beradik, barisan pelakon lain serta kru produksi.
“Jadi dari situ sudah boleh tahu sama ada kami tidur sebilik atau tidak. Lihat situasi logik ke tidak nak tidur sebilik,” kata Janna kepada mStar.
Bukan kami berdua saja, malah ada ibu bapa, adik-beradik, barisan pelakon lain serta kru produksi.
Pelakon drama Misteri Mona itu ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharunya White Fluffy di De.Wan 1958, Bu Chef Wan, The Linc Kuala Lumpur pada Rabu.
Janna enggan layan komen netizen di media sosial.
Antara komen2 nakal netizen mengusik Janna Nick
Aku yakin, bukan saja mereka tidur bilik asing2, malah sebenarnya hotel pun asing2, entah2 negara pun asing2 just photoshop gambar bersama je.
Berbeza pandangan dan fikiran.org yg suka tengok bahagian orang lain ni tk terlintas fikir sampai ke tahap tu,klu terfikir pun dia takkan tulis.Org yg suka cari kesalahan memang semua benda tak kena.itulah berhati2 upload apa² .
Tah² NETIZEN yang tanya tu pun 2×5, pegi jumpa boyfriend duduk 1 bilik dengan alasan nak dinner SATAY bersama KUAH KACANG & NASI IMPIT!
Couple yang belum sah kalau pergi bercuti memang tido bilik asing2 lah min. Cuba husnuzon sikit min.
X baik lah ckp mcm tu, seolah-olah kita tabur fitnah…dia p mesti bawa ahli keluarga terdekat or family member tak pun kwn2,…kut2 benda tak betul jatuh fitnah tu.. sebaiknya kita KLU ada mulut xda benda nk ckp diam…. dia da besar pjg pandai lah dia fikir mana baik buruknya…kita org luar ni doakn yg baik2 jer untuk dorang…diri kita pun x tahu lg mcm mana penghujungnya…jgn cepat sangat jatuhkn hukuman dan tentukan syurga neraka seseorang
sebok hal tempat tidur orang. tah2 yang dok komen ni bercakap atas pengalaman sendiri
bukan ke dia org gi shooting ? jaga2 dgn comment tkut jatuh fitnah
Org yang tanya tu mesti selalu check in.. Suka naw fikir negative
Bukan nak bekap dia, sbb aku pun tak minat janah ni, tapi dorg pegi bercuti bukan berdua dorg pergi ramai2 ade pengambaran kt sana.
jgn pandang serong,pandanglah melalui syed mirol,kan dia pi dgn pasukan produksi.cuma pesan saya,sama2 lah kita menjaga sistem reproduksi supaya sentiasa bersih dan terjaga..
Setahu aku la, dia pi shooting drama arahan dia tak silap aku andi bernadee ada norren iman & production pun ada. Setahu aku la, wallahualam heee takut jatuh fitnah lak nanti
Sebelum ini, sebuah video yang dimuat naik Janna menunjukkan dia gembira bercuti bersama kekasihnya itu di laman Instagram mengundang persoalan dalam kalangan netizen.
Segelintir netizen tertanya-tanya sama ada Janna dan Dini yang juga seorang aktor tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.
Terdahulu netizen membuat spekulasi mengenai percutian Janna Nick.
Baca Juga : Janna Nick holiday dengan boyfriend di luar negara, netizen tanya tidur bilik asing ke?
Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Janna Nick ada berkongsi gambar dan video percutiannya di luar negara bersama kekasih, Dini Schatzmann.
Menerusi video tersebut, Janna membuat kompilasi mereka berdua beberapa di beberapa lokasi di luar negara sambil menari.
Namun, lain pula yang ditanya netizen apabila ada yang bertanya sama ada Janna dan Dini tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.
“Seronoknya travel merasa berdua, bersemut handphone,” tulis netizen.
“Bilik asing-asing ke?” tanya seorang lagi pengguna Instagram yang lain.
“Kehulu kehilir, mampu menikah tapi tak menikah. Allahu hati-hati jangan sampai Allah murka,” tulis seorang lagi netizen.
“Tidur sekali ke pergi travel? Ke bilik asing-asing,” tulis seorang lagi netizen.
Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram menggunakan nama @kisnick tampil membalas beberapa komen menerima Janna dan Dini ke luar negara bersama pasukan produksi seramai 16 orang.
Ada sahaja netizen ni, kongsi video berdua pun terus dah buat spekulasi macam-macam pasal Janna Nick.