Dakwaan sewa PUTIK mahal, itu dah diskaun 50% – Pas

Dakwaan sewa PUTIK mahal, itu dah diskaun 50% .

Setakat ini tiada mana-mana parti di Kelantan yang membenarkan dan membuat tawaran menggunakan premis milik mereka untuk kegunaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Ketua Pemuda PAS Negeri Mohd Ariff Abdullah berkata, langkah PAS patut dipuji kerana membenarkan premis milik parti itu digunakan sebagai lokasi PKRC.

“Ini membuktikan PAS mengambil tanggungjawab untuk turut membantu kerajaan dan mengambil cakna situasi semasa Covid-19 yang berlaku di negara kita sekarang,” katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang pemimpin pembangkang mendakwa PAS mengenakan sewa terhadap premis Putik yang digunakan sebagai PKRC.

Sedangkan difahamkan semua premis yang digunakan sebagai PKRC dan Pusat Pemberian Vaksin dibayar sewaan oleh kerajaan dengan kadar tertentu.

Mohd Ariff berkata, beliau yakin kadar sewaan premis Putik mendapat persetujuan kedua-dua pihak sebelum PKRC di lokasi itu dibuka.

Malah katanya harga sewaan yang dikenakan sudah dikurangkan kira-kira 50 peratus daripada harga sebenar yang biasa disewa oleh individu atau NGO yang menggunakan dewan Putik sebelum ini.

“Sewaan terpaksa dikenakan juga kepada pihak kerajaan kerana kos tersebut akan digunakan untuk menampung kos penyelenggaraan Putik.

“Apabila ia digunakan perlu diselenggarakan dari semasa ke semasa untuk memberi keselesaan kepada pesakit yang dirawat di PKRC Putik,” katanya.

Menurutnya juga sekiranya pembangkang di Kelantan ada keupayaan mereka sepatutnya lebih awal menawarkan premis parti itu untuk digunakan sebagai PKRC.

Beliau juga berkata, sekiranya pihak pengurusan PKRC merasakan kadar sewaan dianggap tidak berpatutan mereka boleh berbincang dengan pihak pengurusan Putik.

“Eloklah diselesaikan mengikut saluran rasmi daripada menyuarakannya di media yang boleh menimbulkan fitnah kerana pihak yang berniat tidak baik dan cuba mengambil kesempatan,” ujarnya.

Berita Penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2021/07/02/tiada-parti-lain-di-kelantan-tawar-premis-dijadi-pkrc/

BACA JUGA : Warga emas hilang 2 hari, ditemui dalam tangki septik

CATEGORIES