Dakwaan fitnah, Mujahid mulakan tindakan saman PAS

Dakwaan fitnah, Mujahid mulakan tindakan saman PAS

Dakwaan fitnah, Mujahid mulakan tindakan saman PAS. Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa pada Khamis memulakan tindakan undang-undang terhadap Pas.

Beliau berkata, surat tuntutan fitnah itu dihantar kepada Pas melalui firma guaman Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir.

“Pihak Pejabat Agung Pas juga telah mengaku terima surat tuntutan tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Kenyataan Mujahid itu merujuk kepada tulisan ‘Mantan Menteri Agama PH Sokong Eljibiti’ dan ditularkan oleh akaun Facebook Pas pada 16 Oktober lalu.

Mujahid turut memberi tempoh selama 48 jam kepada Pas antaranya memadamkan tulisan yang dianggap sebagai fitnah.

Dakwaan fitnah, Mujahid mulakan tindakan saman PAS

Bekas Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga menuntut agar tulisan yang mengaitkannya dengan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ditarik balik selain parti berkenaan perlu meminta maaf kepadanya.

Beliau turut menuntut Pas membayar ganti rugi atas kerosakan reputasi disebabkan oleh tulisan berkenaan.

“Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sama kepada mana-mana pimpinan Pas yang tidak serik-serik membuat tulisan-tulisan fitnah dan mengaitkan saya dengan LGBT,” tegasnya.

BACA:

Lelaki mengaku tak pernah tengok muka isteri walaupun dah kahwin 47 tahun dan ada 10 anak

Mesin basuh manusia dicipta syarikat Jepun jadi perhatian

Kerja kosong di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, ini cara mohon

CATEGORIES