Pengilang kertas, Kooka Paper Manufacturing Sdn Bhd menafikan dakwan bahawa syarikat itu memaksa pekerjanya mengambil ubat anti-parasit Ivermectin.
Dalam satu kenyataan semalam, Kooka Paper menegaskan syarikat itu bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerjanya selaras dengan undang-undang.
“Kami tidak menetapkan penggunaan (ivermectin). Kami tidak memaksa pekerja untuk mengambil apa-apa pun. Kami tidak menggalakkan tindakan seperti ini, ”kata pengeluar kertas di Subang.
Ivermectin adalah ubat anti parasit yang biasanya digunakan untuk haiwan terutama bagi merawat kecacingan.
Kenyataan itu dikeluarkan jurucakap bagi pihak pengurusan Kooka Paper setelah dakwaan syarikat itu memaksa pekerjanya mengambil Ivermectin dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 tular di media sosial.
Dua hari lalu, pengguna Twitter @lelakiserigala menulis beberapa siri tweet yang mendakwa kakaknya dipaksa mengambil Ivermectin di hadapan majikannya setelah dia dijangkiti Covid-19.
Walaupun dia tidak menyebut nama syarikat itu secara langsung, @lelakiserigala memberikan bayangan bahawa majikan kakak itu merupakan “syarikat kertas tisu” di Subang.
Dia juga memuat naik tangkapan layar laman web syarikat itu bulan lalu, yang membolehkan Malaysiakini mengenal pasti halaman yang sama di laman web Kooka Paper.
Kata lelaki terbabit, adiknya membuat laporan kepada polis berhubung kejadian itu semalam.
Bagaimanapun laporan polis berkenaan ditarik balik dan wanita itu mengemukakan surat peletakan jawatan kepada syarikat terbabit.
Pengguna Twitter berkenaan sebelumnya telah menulis rajutan di Twitter pada awal Julai dengan mendakwa anggota keluarganya terdedah kepada virus Covid-19, akibat pelanggaran SOP oleh majikan kakaknya.
Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/586060
BACA JUGA : Lelaki dakwa majikan ‘paksa’ kakitangan ambil Ivermectin