Dah macam artis Hollywood, Amelia Henderson buat aksi panas

Dah macam artis Hollywood, Amelia Henderson buat aksi panas. Siapa tak kenal dengan pelakon wnita kacukan ini. Satu hantaran terbaru di Instagram milik pelakon dan model, Amelia Handerson mendapat pujian dari warganet di media sosial.

Mempromosikan Barangan Coach

Terbaru, Amelia Handerson telah memuat naik beberapa keping gambar di Instagram miliknya sambil mengayakan barangan dari jenama Coach. Dalam gambar tersebut, Amelia kelihatan cantik dengan memakai jaket bewarna hitam dan digayakan bersama skirt pendek bewarna merah.

Sempena Musim Cuti

Dah macam artis Hollywood, Amelia Henderson buat aksi panas

Amelia yang turut mewarnakan rambut bewarna merah kelihatan nampak berbeza dan sesuai dengan penggayaan pemakaiannya itu. Tulisnya, gambar tersebut diambil bagi menyambut musim cuti yang bakal tiba tidak lama lagi.

Mendapat Pujian Warganet

Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet teruja dan memuji kecantikkan yang telah dipaparkan oleh Amelia menerusi gambar tersebut. Bukan itu sahaja, warganet juga turut menyatakan kecantikan Amelia seolah-olah seperti penyanyi dari negara barat, iaitu Ava Max. Sumber, murai

Datuk A Aida dan Idris Khan setuju selesaikan kes secara baik di luar mahkamah, Tetapi lain pulak pada pihak Amelia Henderson. Umum kita ketahui dengan isu lama ini. Aida dan Idris menyelesaikan kes di antara mereka secara baik. Penerbit Datuk A. Aida dan pelakon Idris Khan mencapai kata sepakat menyelesaikan kes melanggar perjanjian kontrak penggambaran sebuah drama berjudul, Sekali Lagi Cinta Kembali secara baik di luar mahkamah. A. Aida selaku plaintif menarik balik s4man terhadap Idris sebagai defendan kedua tanpa kebebasan memfailkan semula kes tersebut.

Keputusan menarik balik itu dibuat ketika perbicaraan hari pertama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa. Pada prosiding yang bermula kira-kira pukul 11.30 pagi, peguam mewakili Idris iaitu Jason Wee memohon supaya kes berkenaan diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Idris dan A. Aida enggan memanjangkan kes.

Permohonan berkenaan kemudian dipersetujui pihak A. Aida menerusi peguam, Ashmadi Othman. Sehubungan itu penyelesaian yang dibuat di hadapan hakim Zulqarnain Hassan turut mencapai kata sepakat bahawa tiada sebarang tanggungan pada kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Idris diperintahkan untuk membuat pemulangan RM3,780 iaitu wang pendahuluan sebagai penyelesaian luar mahkamah kepada plaintif selain tidak boleh memfailkan s4man malu terhadap A. Aida. Mahkamah memerintahkan defendan membayar ganti rugi tersebut sebelum penghujung November 2022. Sementara itu dalam perbicaraan sama, defendan pertama iaitu pelakon Amelia Henderson kekal dengan keputusan untuk meneruskan perbicaraan.

Sebelum ini, A. Aida mengambil tindakan undang-undang terhadap Idris dan Amelia selepas didakwa menarik diri pada saat akhir daripada membintangi drama terbitan syarikatnya, A. Aida Production berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali. Penerbit itu menjelaskan tindakan itu diambil kerana kecewa dengan sikap tidak profesional kedua-dua pelakon itu sehingga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian besar.

BACA:

Mahkamah putuskan kerajaan tak boleh lucut hak barang kemas milik Rosmah

Lee Chong Wei bantu KJ kempen, siap main badminton sekali

Hun Haqeem pula kongsi detik istimewa bersama arwah Syazlin

Baca Artikel Penuh