Dah boleh melancong luar negara mulai esok tanpa MyTravelPass – PM

Kerajaan bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia yang lengkap dua dos vaksinasi melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu menyaksikan semua rakyat Malaysia boleh ke luar negara termasuk untuk aktiviti pelancongan.

Katanya, kebenaran tersebut juga akan mula berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021.

Dah boleh melancong luar negara mulai esok tanpa MyTravelPass - PM

Ismail Sabri berkata, kebenaran tersebut juga akan mula berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021. 

“(Melancong ke luar negara), kita buka untuk semua negara tetapi masih belum membuka sempadan negara kita untuk pelancong asing.

“Kita masih membuat kajian dan kita akan mengumumkan dalam masa terdekat.

“Pintu negara masih belum dibuka kecuali melibatkan kecemasan, perniagaan dan juga urusan rasmi.

“Tetapi untuk pelancongan masih belum dibuka. Saya percaya Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menilai negara-negara yang tiada risiko langsung,” katanya dalam sidang media khas, di sini hari ini.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mytravelpass-dimansuhkan-boleh-melancong-ke-luar-negara-mulai-esok-pm-324579

BACA JUGA : Menjelang kebenaran rentas negeri, LPT2 jangka jumlah kenderaan naik mendadak

COMMENTS

Wordpress (0)