Cukai Elon Musk tahun ini bernilai lebih RM 44 bilion

Cukai Elon Musk tahun ini bernilai lebih RM 44 bilion.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pembuatan kereta elektrik, Tesla Inc., Elon Musk mengumumkan di Twitter pada Ahad (19 Nov), beliau akan membayar cukai tahun 2021 sebanyak lebih AS$11 bilion (RM46.5 bilion).

Pada awal minggu ini, Senator Demokrat, Elizabeth Warren melalui Twitternya menegaskan bahawa Musk perlu membayar cukai selepas majalah Time pada tahun ini menamakannya sebagai ‘Person of the Year’.

Musk, 50, menjawab gesaan Warren itu dengan mengatakan bahawa dia ‘akan membayar lebih banyak cukai daripadamana-mana orang Amerika dalam sejarah pada tahun ini’.

Musk ialah orang terkaya di dunia dan syarikat induknya, Tesla bernilai kira-kira AS$1 trilion. Sejak beberapa minggu lalu, Musk telah menjual hampir AS$14 bilion saham Tesla. Pemilik syarikat SpaceX itu dianggarkan memiliki aset kekayaan keseluruhan mencecah AS$335 bilion.

BACA:

Warisan didakwa telah tersasar perjuangan asal, ini penjelasan Shafie Apdal
Panas !!! 6 tapak kolam takungan banjir KL dijadikan tapak pembangunan

Artikel ini disiarkan pada 29/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)