Covid-19 : Kes naik mendadak kerana JKNS ubah strategi lebih agresif

Kita tahu sebab kenapa kes naik.

Sebab Jabatan Kesihatan negeri Selangor tukar Strategi untuk COVID19.

Dulu swabtest COVID19 hanya di lakukan kepada mereka yang punyai simpton dan juga contact rapat.

Sekarang apa mereka buat :
A. kenalpasti kawasan hotspot dan punca jangkitan,
B.kepung dengan cara PKPD,
C. Jalankan Swabtest COVID19 kepada semua penduduk di kawasan tersebut tak kira siapa.
D. Asingkan penduduk sihat dan di jangkiti.
E. Vaksin penduduk di kawasan tersebut.

Bila cara ini di lakukan sudah tentu kes meningkat mendadak sebab anggaran kes sebenar COVID19 setiap hari di Malaysia ialah 20,000 hingga 35,000 kes setiap hari.

Kesan strategi ini kita akan lihat dalam tempoh dua minggu,
A. kes akan turun mendadak, di sebabkan kawalan yang ketat.
B. Mereka yang sudah di vaksin hanya akan jadi pembawa virus sahaja dan berada dalam kategori kurang berisiko tinggi.
C. Kita akan lihat kejayaan yang lebih baik kawalan penyakit COVID.

Boleh lihat di ruangan komen, video Penerangan Dato’ Indera Dr. Shaari, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Usah kalut-kalut.. Kita kena percaya kepada Pakar-pakar kita yang sedang berhempas pulas berfikir dan berkerja demi melawan COVID19.

Sekian Terima kasih.
Hj Wan HIlmi
VCEE19

Sumber :

BACA JUGA : Gempar !!! Syarikat bawa masuk pekerja asing tanpa jalani ujian Covid-19