Covid-19 : Indonesia hampir lumpuh

Covid-19 : Indonesia hampir lumpuh. Peningkatan mendadak kes Covid-19 di Indonesia menyebabkan hospital di negara itu tidak mampu lagi menampung pesakit.

Malah, ramai pesakit tidak mendapat rawatan sewajarnya berikutan sistem kesihatan di Indonesia hampir lumpuh.

Kompas melaporkan keadaan itu bukan saja berlaku di daerah, tetapi juga di bandar besar seperti Jakarta.

Dilaporkan, sebahagian pejabat dan pegawai kerajaan di pusat bandar Jakarta sukar mendapat rawatan lanjut hingga menyebabkan ada yang meninggal dunia.

Indonesia

Pegawai Daerah Bekasi, Jawa Barat, Eka Supria Atmaja dilaporkan meninggal dunia selepas berjuang melawan Covid -19.

Eka dirawat selama 10 hari di dua hospital iaitu Permata Bekasi dan Siloam di Tangerang, Banten.

Malah, lelaki itu terpaksa di hantar ke Tangerang selepas unit rawatan rapi (ICU) di wilayahnya sendiri penuh dengan pesakit Covid-19.

Ketua Jabatan Kesihatan Bekasi Sri Enny Mainarti berkata, Eka mempunyai sejarah kesihatan darah tinggi.

“Keadaan jantung dan tekanan darah normal namun kerana beliau mempunyai komorbid, dia perlu dirawat di ICU,” katanya.

Selepas dipindahkan ke Hospital Siloam, keadaan beliau semakin pulih, namun beliau dilaporkan meninggal dunia pada 11 Julai lalu.

Selain itu, Ahli Suruhanjaya II Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), John Siffy Mirin juga meninggal dunia akibat Covid-19 selepas lambat menerima rawatan pada 3 Julai lalu.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/07/731126/sistem-kesihatan-hampir-lumpuh

Jika Terlepas: Kena cari jalan keluar agar lebih ramai boleh cari rezeki