Covid-19 : 18 kes kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan di Kedah

Covid-19

Covid-19 : 18 kes kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan di Kedah. Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKNK) merekodkan 18 kematian pesakit Covid-19 sebelum tiba di hospital (BID) sepanjang tempoh 25 Julai hingga 31 Julai yang lalu.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, sepanjang tempoh itu, terdapat 31 kematian akibat Covid-19 direkodkan dan daripada itu sebanyak 18 kes adalah kematian BID.

Menurutnya, keadaan itu berlaku berkemungkinan kerana pesakit lambat mendapatkan rawatan atau pesakit tiada gejala dijangkiti pandemik tersebut.

Jelasnya, keadaan itu amat membimbangkan dan dirumitkan lagi dengan kehadiran varian baharu virus Covid-19 seperti varian Beta (varian Afrika Selatan) dan varian Delta (varian India) yang lebih cepat merebak dan lebih teruk.

 kematian

“Virus ini bukan sahaja membahayakan golongan warga emas dan berisiko tinggi malahan juga golongan muda berumur bawah 40 tahun.

“Statistik terkini Covid-19 JKNK pada 31 Julai 2021 melaporkan sebanyak 1,389 kes baru, 45,631 jumlah keseluruhan dan 13,196 kes aktif di seluruh negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Hayati berkata, kes Covid-19 di negeri ini menunjukkan trend peningkatan dan dijangka berlarutan sehingga minggu pertama Ogos 2021.

Menurutnya, kerajaan Kedah menyeru kepada semua rakyat di negeri ini untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Sehingga semalam (Sabtu), seramai 577,148 atau atau 37.5 peratus daripada 1,540,600 orang dewasa berusia 18 tahun ke atas di Kedah telah mendapat satu dos vaksin sementara 298,611 atau 19.4 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan,” katanya lagi.

Tambahnya, dijangkakan pada penghujung bulan Ogos 2021, kira-kira 40 peratus warga Kedah yang layak divaksin akan menerima vaksin lengkap.

Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/153189/KHAS/Covid-19/18-kes-kematian-sebelum-tiba-hospital-di-Kedah

BACA: Panas !!! Anwar, Mahathir bergandingan di Dataran Merdeka laung ‘Undur Mahiaddin’

Artikel ini disiarkan pada 02/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)