Cincin melekat pada kemaluan, terpaksa tahan lebih sejam, sekali ini yang jadi

Cincin melekat pada kemaluan, terpaksa tahan lebih sejam, sekali ini yang jadi. Seorang lelaki warga Rohingya terpaksa menahan sakit lebih satu jam ketika anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan cincin yang melekat pada kemaluannya dalam kejadian di Hospital Ampang pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 9.20 malam.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah dikejarkan ke lokasi dan tiba pada jam 9.23 malam.

“Kejadian melibatkan seorang lelaki Rohingya berumur 26 tahun yang mana cincin melekat pada alat sulit mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, anggota bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan cincin tersebut.

“Anggota bomba kemudian berjaya memotong cincin tersebut dan mengeluarkannya menggunakan peralatan khas.

Cincin melekat pada kemaluan, terpaksa tahan lebih sejam, sekali ini yang jadi

“Mangsa yang dalam keadaan stabil diserahkan kepada pihak Hospital Ampang untuk tindakan lanjut,” katanya.

BACA:

Mimi dilamun cinta dengan lelaki kulit hitam dari Afrika

Sejak kahwin, dah 18 tahun kakak tak balik raya, mak luah perasaan sayu

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Cincin melekat pada kemaluan, terpaksa tahan lebih sejam, sekali ini yang jadi […]