Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, iaitu Cik B,
sekali lagi mencuri tumpuan warganet kali ini disebabkan oleh harga pakaian yang dikenakannya.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Cik B bersama penyampai radio Radin
berkongsi butiran harga setiap item yang dipakainya, dengan jumlah keseluruhan mencecah lebih RM100,000.
“Cermin mata hitam saya beli di Milan, Itali dalam harga RM5,000 lebih.”
“Cincin satu set dalam RM2,000, jam ini saya selalu pakai sebab sepadan dengan baju, dari brand Omega dan harganya RM90,000.”
Ketika diminta untuk memberikan harga bagi perbelanjaan bulanannya, nama sebenar Edlynn Zamilleen tidak kekok untuk memberitahu jumlahnya.
“Tak riak la, dalam RM300,000. Dulu minta kebenaran mama (untuk berbelanja) tapi sekarang tak.”
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya berbangga dengan pencapaian anak kepada usahawan Datuk Seri Vida hingga mampu berbelanja sebanyak itu.
“Aku ingatkan jam RM90. Tambah RM60k lagi dapat la harga rumah sebiji, itu pun hutang bank.”
“Jam Cik B tambah lagi RM20k sama harga macam kereta aku.”