Cicak ini berhijrah sejauh 65,000 km

DALAM satu kejadian yang tidak disangka, seekor cicak berjaya melintasi dua benua dari Barbados ke Yorkshire, England dengan hanya menyorok di dalam pakaian dalam seorang wanita.

Lisa Russell, 47, menemui cicak berkenaan di dalam beg pakaian terselit dalam pakaian dalamnya setelah tiba di rumah di Rotherham, South Yorkshire, lapor BBC News.

Cicak itu turut diberi nama Barbie.

Cicak ini berhijrah sejauh 65,000 km

Terdapat kira-kira 1,500 spesis berbeza cicak di dalam dunia berukuran daripada 1.5cm sehingga lebih 35cm. – Gambar hiasan

Menurut portal Live Science, terdapat kira-kira 1,500 spesis berbeza cicak di dalam dunia berukuran daripada 1.5cm sehingga lebih 35cm.

Reptilia ini mampu menyesuaikan diri di setiap benua kecuali Antarctica dan hidup dalam pelbagai habitat daripada hutan tropika sehingga ke padang pasir.

Russell memberitahu BBC News, dia sangat terkejut apabial menemui cicak berkenaan dalam pakaian dalamnya.

“Saya terus menjerit apabila melihat cicak itu bergerak. Ia sesuatu yang tidak disangka untuk menemui seekor cicak dalam pakaian dalam setelah mengharungi perjalanan sejauh 6,500 kilometer.

Russell terus menghubungi Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (RSPCA) yang mengambil Barbie untuk diperiksa doktor haiwan.

Barbie didapati tidak tercedera dan akan disimpan untuk tindakan lanjut.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/wanita-terkejut-temui-cicak-dalam-pakaian-dalam-319129

BACA JUGA : Panas !!! Kejadian aneh ribuan burung pipit jatuh ke bumi cetus kekalutan

COMMENTS