Chin Tong akan rampas Batu Pahat dari pengkhianat

Chin Tong akan rampas Batu Pahat dari pengkhianat

Ketua DAP Johor, Liew Chin Tong yang sudah mempunyai beberapa rekod sebagai “bidan terjun” berkemungkinan menggempur kerusi Parlimen Batu Pahat yang dimenangi Datuk Mohd. Rashid Hasnon dengan panji PKR pada 2018.

Chin Tong sebelum ini pernah berbanding di Pulau Pinang sebelum berpindah ke Kluang di Johor. Beliau bagaimanapun ditewaskan Datuk Seri Wee Ka Siong ketika bertarung di Ayer Hitam.

Nanyang Siang Pau melaporkan, Chin Tong akan meninggalkan Ayer Hitam untuk membantu Pakatan Harapan (PH) menawan semula Batu Pahat selepas Mohd. Rashid meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu.

Menurut akhbar itu, DAP mengharapkan pemimpin berprofil tinggi untuk membangunkan Batu Pahat.

DAP Johor juga dilaporkan sudah mengatur strategi untuk bertanding di Batu Pahat, malahan di Segamat untuk memperkukuhkan pengaruh di Johor.

Mengenai Ayer Hitam yang pernah menyaksikan pertarungan sengit, DAP dilapor akan mencalonkan orang baharu untuk mencabar kerusi Parlimen Presiden MCA itu.

Antara calon yang diperkenan DAP untuk bertanding di kerusi Ayer Itam ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Chin Tong dilaporkan perlu mengelakkan kekalahan di Ayer Itam kerana ia akan membunuh kerjaya politiknya jika ditewaskan dua kali berturut-turut.

Berita Penuh :https://malaysiagazette.com/2021/03/05/chin-tong-gempur-batu-pahat/