CEO Batu dikecam selamba ‘ejek’ orang Jepun ketika makan shushi

CEO Batu dikecam selamba ‘ejek’ orang Jepun ketika makan shushi. Seorang influencer tergamam pabila videonya yang mengunjung sebuah kedai sushi di sebuah negeri menerima kritikan dari netizen. “Ketololan apa buat iklan gini gaya? Mengajuk cakap Jepun yang entah apa-apa butir pun tak tahu, sepetkan mata semua benda tu dah kenapa? Berniaga makanan Jepun, pergi menganjing orang Jepun,” tulis seorang individu di Twitter.

CEO Batu menjawab dakwaan netizen berkata dia tidak berniat untuk menghina atau memcaci masyarakat Jepun tapi cuba untuk menerapkan elemen negara berkenaan dalam videonya.

“Video itu dirakam pada bulan lepas. Dah dekat seminggu saya kongsikan video di TikTok, Instagram dan Facebook tapi tak ada apa-apa. Tiba-tiba kawan maklumkan yang saya kena hentam kaw-kaw di Twitter.

“Saya tak berniat nak sentuh isu perkauman. Saya nak bagi nampak ia kedai Jepun, jadi saya buat gaya macam orang Jepun. Ia idea sendiri dan saya memang tiada niat nak menghina sesiapa.

Dia berkata kepada MStar, “Sedangkan sebelum ini ramai orang ajuk gaya orang Cina bercakap, tapi mereka tak dituduh rasis. Saya saja tampal pita pelekat tu pada mata, bukan saya nak menghina,”

CEO Batu dikecam selamba 'ejek' orang Jepun ketika makan shushi

Enggan mengeruhkan keadaan, Black memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terguris dengan video itu dan berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Saya memang tak ada niat nak mengguris hati mana-mana netizen. Kalau ada yang terasa, saya memohon ribuan kemaafan. Saya tak dapat nak puaskan hati semua orang. Ada yang boleh terima, ada yang tak boleh terima. “Saya cuma buat yang termampu untuk menceriakan orang ramai. Mungkin dalam ramai-ramai, ada 20 peratus yang tak puas hati. Di Twitter saja saya dihentam, tapi komen di Facebook, Instagram dan TikTok semuanya okay. Saya tak jumpa komen negatif di TkTok.

Saya tak berniat nak sentuh isu perkauman. Saya nak bagi nampak ia kedai Jepun, jadi saya buat gaya macam orang Jepun.
BLACK

“Saya anggap benda tu, setiap orang yang bergelar influencer pasti melaluinya walaupun saya tak anggap diri macam influencer pun. Mesti akan ada yang kritik, tapi saya terima semuanya dengan hati terbuka.

“Semua orang ada hak bersuara dan boleh memberikan pendapat masing-masing. Mungkin lepas ni saya akan hati-hati lagi untuk buat content. Kepada yang menyokong, saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya hargai semua yang menyokong,” ujarnya.

BACA:

‘Sebijik ikut content Ryan, dengan lagu samanya’, pemuda dikecam tiru idea

Pertandingan Silat Dunia kecoh, Adib kena “halau”

Selamba je guru lelaki ni sebar video ‘nakal’ cikgu perempuan dalam whatsapp sekolah