‘Cegah normalisasi maksiat dalam negara’, Mufti gesa pihak berkuasa ambil tindakan podcast jemput hot daddy

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menyuarakan rasa kesal terhadap tindakan seorang pencipta kandungan yang menjemput ‘Hot Daddy’ sebagai tetamu dalam podcast mereka.

Wan Salim menyatakan bahawa tindakan ini sangat mengecewakan dan boleh dianggap sebagai cara untuk mempromosikan

serta menormalisasikan persundalan, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

'Cegah normalisasi maksiat dalam negara', Mufti gesa pihak berkuasa ambil tindakan podcast jemput hot daddy

“Jika keadaan ini tidak dikawal atau dicegah, kita bimbang ia akan mempengaruhi remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak,” katanya.

Beliau menambah bahawa kerajaan seharusnya mengambil tindakan serius terhadap perbuatan tersebut dan mengambil langkah-langkah tegas terhadap golongan yang mempromosikan kemungkaran sebegitu, kerana dapat merosakkan nilai-nilai akhlak masyarakat.

Baca Artikel Penuh