CCTV rakam gadis tergolek jatuh sebab jalan licin di stesen minyak

CCTV rakam gadis tergolek jatuh sebab jalan licin di stesen minyak. Tindakan sekumpulan wanita membantu rakannya yang terjatuh daripada motosikal akibat jalan licin mendapat pujian netizen di media sosial.

Kejadian di Butterworth, Pulau Pinang itu dikongsi oleh pemilik akaun TikTok @AimanFikhri memaparkan penunggang wanita terbabit hilang kawalan semasa hendak membelok ke stesen minyak ketika hujan.

Penunggang wanita itu dilihat terbaring sejurus jatuh daripada motosikalnya sebelum dibantu oleh rakannya, yang juga menunggang motosikal.

“Kerana bimbang perkara ini terjadi, aku sering pesan supaya ketatkan topi keledar kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja,” tulis Aiman.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di ruangan komen, orang ramai memuji hubungan persahabatan di antara mereka yang sangat cakna terhadap rakan yang ditimpa kesusahan.

CCTV rakam gadis tergolek jatuh sebab jalan licin di stesen minyak

Baca Artikel Penuh