Cari penyakit !!! Pemilik akaun TikTok dicari Polis, muat naik video ‘misi mencari ketum’

Polis sedang mengesan pemilik akuan TikTok @DYStransport selepas dipercayai memuat naik video berdurasi 14 saat bertajuk misi mencari ketum.

Satu laporan polis juga dibuat terhadap pemilik akaun berkenaan selepas pihak berkuasa mengesan penularan video itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, petugas unit peronda kereta (MPV) melakukan pemeriksaan rutin jam 3.30 pagi tadi di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan menahan lori untuk pemeriksaan.

Pemilik akaun TikTok dicari Polis, muat naik video 'misi mencari ketum'

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati tiada kesalahan berlaku dan pemandu lori itu juga memberikan kerjasama baik.

“Namun pada 3 petang, terkesan satu video daripada pemilik akaun TikTok @DYStransportmemuat naik video berdurasi 14 saat dan menulis “misi mencari ketum.. polis kata 90% drebar minum ketum. 10% itu saya laa encik polis.”

“Sehingga kini masih belum terdapat sebarang laporan polis dibuat oleh pemilik akaun terbabit bagi mengesahkan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Abd Khalid berkata, sehubungan itu, satu laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun terbabit dan menyeru individu itu segera tampil bagi membantu siasatan.

“Polis menasihatkan pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan sebarang video, imej tangkap layar atau memberi komen yang boleh menyentuh atau mengganggu gugat keharmonian dan ketenteraman masyarakat.

“Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/753735/misi-mencari-ketum-polis-kesan-pemilik-akaun

BACA JUGA : Jiran gemar tayang pakaian dalam, wanita ini buat laporan polis

COMMENTS