Cara mohon Perumahan Mesra Rakyat untuk golongan B40. Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah merupakan salah satu rumah yang boleh menjadi idaman untuk bagi yang layak untuk memohon. Sekiranya anda mempunyai tanah sendiri serta ingin memiliki rumah idaman anda.
Berita baik untuk anda semua kerana Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengalukan kepada sesiapa yang layak untuk memohon rumah mesra rakyat.
Bagi golongan yang layak serta ingin membuat permohonan , anda boleh membuat permohonan secara online melalui laman web rasmi SPNB.
Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk mengurangkan beban bagi orang yang kurang berkemampuan seperti para petani , nelayan keluarga yang miskin serta tidak mempunyai rumah yang selesa tetapi mempunyai tanah sendiri .
SYARAT KELAYAKAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)
· Mestilah warganegara Malaysia
· Berumur 18 tahun ke atas
· Pendapatan isi rumah sebulan tidak lebih dari RM3,000
· Tidak mempunyai rumah sendiri , mempunyai rumah usang
· Keluasan tanah mestilah tidak kurang daripada 3,600 kps
· Tertakluk kepada peruntukan wang
Harga & Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat
Konsep binaan RMR adalah rumah sesebuah 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air.
Harga RMR adalah seperti berikut:
1. Keluasan rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
· Harga: RM75,000
· Subsidi pembinaan: RM20,000
· Jumlah pinjaman: RM55,000
· Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM300
2. Keluasan rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
· Harga RM85,000
· Subsidi pembinaan RM20,000
· Jumlah pinjaman RM65,000
· Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM350
3. Keluasan rumah 750 KPS (Sabah/Sarawak/Labuan)
· Harga RM75,000 – RM106,500
· Subsidi pembinaan RM20,000
· Jumlah pinjaman RM55,000 – RM86,500
· Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM300 – RM470
Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat
Pemohonan RMR boleh dibuat secara online atau manual.
Borang manual boleh didapati di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.
Bagi membuat permohonan online, sila rujuk cara berikut:
1. BUKA LAMAN WEB – Layari http://rmr.spnbonline.com.my
2. KLIK PENDAFTARAN BARU – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
3. PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN – Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
4. LOG MASUK KE LAMAN UTAMA – Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
5. MELENGKAPKAN BORANG ONLINE – Isi maklumat ke dalam sistem
6. SELESAI MENGISI BORANG ONLINE – Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
7. MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB – Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu disertakan untuk permohonan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:
· Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
· Salinan kad pengenalan tuan tanah
· Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
· Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
· Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
· Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
· Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
· Salinan sijil nikah pemohon
· Borang laporan tapak bergambar
NOTA:
· Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
· SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB, sila hubungi :
IBU PEJABAT
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: [email protected]
BACA:
Anuar Zain belanja lagu raya, sekali Erni dan Syamel pula masuk ‘line’, meletop habis
Aircond rosak, penumpang MAS kepanasan macam dalam ‘oven’, “nak buka tingkap arwah pulak nanti..”
Anak Amyra Rosly tunjuk jari tengah, ini respon Amar Baharin