Selepas membeli sepapan telur, jangan terus buang kotaknya
Kotak telur yang nampak biasa sebenarnya mempunyai banyak kegunaan menarik dan praktikal di rumah,
Terutama jika anda ingin mengamalkan gaya hidup kitar semula.
Berikut adalah beberapa idea DIY yang mudah dan bermanfaat menggunakan kotak telur terpakai:
1. Lapik Tong Sampah
Kotak telur diperbuat daripada bahan kertas yang mampu menyerap air dan menghilangkan bau busuk.
Ia juga membantu mengelakkan air sampah daripada meleleh ketika plastik sampah diangkat.
Cara guna:
Potong kotak telur mengikut saiz tong sampah anda.
Letakkan di dasar tong sampah sebagai pelapik.
2. Alas Periuk atau Kuali Panas
Jika tiada alas khas untuk periuk panas, kotak telur boleh menjadi alternatif yang mudah. Ia membantu melindungi permukaan dapur daripada haba dan kerosakan.
3. Penghalau Nyamuk
Ketika bersantai di luar rumah, nyamuk sering menjadi gangguan. Anda boleh menggunakan kotak telur terpakai untuk menghalau serangga ini.
Cara guna:
Bakar sedikit bahagian hujung kotak telur.
Asap yang dihasilkan akan menghalau nyamuk dan serangga lain.
4. Susun Barang dengan Lebih Teratur
Kotak telur juga boleh dijadikan sebagai organizer. Gunakannya untuk menyusun barang-barang kecil seperti peralatan dapur atau aksesori di dalam laci dan rak.
5. Tempat Menyemai dan Menanam Pokok
Kotak telur adalah pilihan mesra alam untuk bercucuk tanam. Ia sesuai digunakan untuk menyemai biji benih atau menanam pokok kecil seperti cili atau bawang.
Dengan memanfaatkan kotak telur terpakai, anda bukan sahaja berjimat, tetapi juga menyumbang kepada usaha kitar semula dan menjaga alam sekitar.
Semoga idea-idea ini memberi inspirasi untuk mencuba DIY yang kreatif dan berguna di rumah
BACA:Â Penumpang kabel car Genting berdepan detik cemas, terkandas 2 jam