Caprice padam hantaran poster ‘pembongkaran’, peminat kecewa

Caprice

Caprice padam hantaran poster ‘pembongkaran’, peminat kecewa. Tindakan aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap popular, Caprice memadam hantaran gambar ‘poster’ pembongkaran yang kebobrokan misi kemanusiaan Palestin yang sepatutnya berlangsung esok mengundang skeprikal dan komen nakal netizen dengan dakwaan tarikh berkenaan mungkin menjadi detik perkahwinan lelaki itu.

Sebagai respons, Pelantun lagu Lenglui itu turut memuat naik satu hantaran berkenaan perihal tersebut bersama tangkap layar seseorang berserta video muzik dan sesi motivasi yang pernah dilunaskannya.

“Pada aku, Caprice ini kena kahwin, dia rasa dia sahaja betul, dah kahwin nanti senyaplah dia baru tahu makhluk apa selalu betul,” tulis seorang netizen.

Caprice

Kata orang, menjadi kelaziman apabila seseorang lelaki sudah berkahwin, ada satu golongan yang sentiasa merasakan diri mereka betul iaitu golongan isteri atau suri rumah.

Caprice memadam hantaran gambar ‘poster’ pembongkaran yang kebobrokan misi kemanusiaan Palestin yang sepatutnya berlangsung esok

“Dia ada ‘point’. Selamat Hari Raya Aidiladha,” tulisnya seraya menyertakan sebuah video perjalanan muzik berisi dakwah serta jihadnya termasuk sesi motivasi yang pernah dijayakannya.

Dalam ruangan komen, ada yang berseloroh esok (21 Julai) mungkin tarikh pernikahan Caprice memandangkan pembongkaran yang dijanjikan barangkali sudah dibatalkan atau ditunda.

“21 Julai jadi tak bongkarkan rahsia? Janji harus ditepati. Bang, Bang!,” sakat seorang netizen.

Seorang netizen lain menulis: “Jadi, 21 Julai (esok) ini Caprice kahwin?.”

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/20/caprice-disakat-netizen-diminta-kahwin-saja/

Jika Terlepas: Nini Siron kongsi pengalaman ‘ngeri’ yang terpaksa dilalui setelah dedah kes MB Kedah