Campur 2 bahan ini sahaja dah buatkan Cokctail anda rasa 'heaven'

Campur 2 bahan ini sahaja dah buatkan Cokctail anda rasa ‘heaven’

Campur 2 bahan ini sahaja dah buatkan Cokctail anda rasa ‘heaven’. Sekarang, memang viral kan orang jual cocktail tepi jalan dengan aneka buah yang sedap. Rupanya, buat dekat rumah pun boleh dan memang akan dapat rasa yang sama. Tapi make sure kena tambah dua bahan rahsia ni.

Nak tahu apa, kena campur ais krim vanila dan yogurt tau sebelum kacau air cocktail tu. Rasanya memang berlemak dan berkrim. Jom ikuti resepi cocktail rasa mantap macam dekat kedai di bawah ini bersama.

Nak Buat Cocktail Rasa Mantap Macam Dekat Kedai? Rupanya Kena Campur 2 Bahan Ni Barulah Rasa Wow!

Bahan-Bahan:

  • 1 biji buah naga

Campur 2 bahan ini sahaja dah buatkan Cokctail anda rasa 'heaven'

  • 1 biji epal merah
  • 1 biji epal hijau
  • 1 biji mangga kuning
  • anggur
  • 1 tin laici
  • 1 1/2 tin susu cair
  • yogurt campuran & ais krim vanilla (bahan penyedap)
  • susu pekat – ikut manis yang korang suka
  • sagu yang telah dimasak
  • ais

Cara Penyediaan:

  1. Potong semua buah dan campurkan ia sekali dalam satu bekas.
  2. Campurkan 1 1/2 tin susu cair kedalamnya.
  3. Campur yogurt campuran dan aiis krim vanilla untuk bahan penyedap supaya rasanya lebih berkrim dan mantap.
  4. Letak susu pekat mengikut kemanisan yang diingini.
  5. Campurkan sagu dan letak ais serta kacau. Sedia untuk dihidangkan.
@kyraamiraa Nak pergi kedai kieda crepe kat penang jauh sangat , kita buat sendiri jela #MYFoodie #foodreview #fyp #mekmiramasak ♬ Every Second – Mina Okabe

Tambah Yogurt & Ais Krim Bagi Bahan Penyedap

Perghhhh! Sudah siap kita punya cocktail rasa mantap macam dekat kedai ni. Kalau selama ni korang buat macam biasa, cubalah campur yogurt dan ais krim vanilla ni ya. Memang sedap dan rasanya lebih berkrim. Tak cuba tak tahu, kan?

Boleh lah ikut kuantiti yang korang nak. Buat untuk jamuan atau majlis keraian apa-apa pun sesuai.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati.

BACA:

Anak dara Jep Sepahtu jadi bualan ramai, “berhabuk dia speaking”

Ringgit merudum jatuh lagi, paling teruk dalam sejarah

Menjelang PRU15, kes Covid-19 naik mendadak buat KKM pening kepala

CATEGORIES