Calon PRN dari Perikatan Nasional gagal bayar ‘hutang’ RM200,000 kepada kaum asal

Oleh ISMAIL YAHYA

Calon PRN dari Perikatan Nasional gagal bayar ‘hutang’ RM200,000 kepada kaum asal

Polis Kedah menerima satu laporan berkaitan tidak puas hati terhadap Syarikat Rimba Bayu di Baling

kerana gagal melunaskan tunggakan dividen sebanyak RM200,000 kepada peserta ladang.

Calon PRN dari Perikatan Nasional gagal bayar 'hutang' RM200,000 kepada kaum asal

Jurucakap Media Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke- 15 Kontinjen Kedah, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, laporan itu diterima antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari semalam.

Beliau berkata, laporan dibuat Tok Batin Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Baling yang mewakili peserta ladang getah diuruskan syarikat terbabit kerana tidak berpuas hati selepas gagal melunaskan tunggakan bayaran dividen berkenaan.

SERAMAI 43 peserta ladang getah masyarakat orang asli suku Kensiu di Kampung Lubuk Legong menuntut bayaran dividen getah yang tidak dibayar syarikat pengurusan sejak hampir dua tahun lalu. FOTO Noorazura Abdul Rahman

“Syarikat Rimba Bayu Enterprise dimiliki dan diuruskan oleh Mohd Taufik Yaacob iaitu Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu.

“Kertas inkuiri (siasatan dalaman) sudah dibuka untuk memudahkan siasatan dijalankan sebelum polis mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut seksyen bersesuaian,” katanya.

BACA: Benarkah kalau warna air kencing keruh macam dalam gambar, tanda diabetes? Ini jawapan pakar