Calon PM

Calon PM : Jangan terlebih perasan, serah kebijaksanaan Agong tentukan

Calon PM : Jangan terlebih perasan, serah kebijaksanaan Agong tentukan. Semalam kita tengok rombongan YB YB naik bas ke Istana Negara. 114 YB kesemuanya, dari blok PN+ iaitu termasuk UMNO. Satu figura je tiada iaitu Ku Li. Beliau masa Parlimen baru ni dah mintak tukar seat ke blok bebas kerana tak sokong Perikatan Nasional. Ada yang kata beliau berkecuali daripada undi PM ini, kerana mungkin jadi wild card Agong nanti. Itu kita tak boleh confirmkan lagi.

2. Ada beberapa perkara menarik juga terjadi semalam. Yang pertama, Perikatan Nasional dah keluar kenyataan media. Sokongan kepada DSIS adalah bersyarat. Syaratnya perlu dilantik kabinet yang berintegriti, bebas rasuah dan tiada kes mahkamah (no Klepto). Itu atas paper saja. Yang dibelakang horse trading dengan UMNO lain cerita. Kalau tengok perang media BN dan PN semalam, ada yang berang ex-PM nak jadi Menteri Mentor. Nak juga orang2 Bersatu naik dalam cabinet baru. Di samping yang obvious, seat TPM kena juga Bersatu sapu.

3. Yang hairan bin ajaib. Hari tu ex-PM offer ke PH: 7 perkara reform melalui Kerajaan Bipartisan. Antaranya, Akta Lompat Parti dan Undi18. Katanya, kalau PH bagi undi percaya pada dia, dia akan tunaikan 7 perkara reform yang baik untuk negara. Bila PH secara sombong taknak (that’s a tale for another day), sebab masih PM nak kekalkan Kabinet gagal yang sama, PN terus tukar angin. Boleh pusing balik ke UMNO bagi pulak syarat lain.

Calon PM

4. Makanya, one must wonder, kenapa bila satu puak offer lain, satu lagi puak offer lain? Kalau betul ikhlas nak betulkan negara, kenapa tak offer benda yang sama ke UMNO? Bagi 7 syarat reform sekali dengan no-Klepto. Satu saja yang boleh kita infer. Ex-PM offer CSA hari tu pun tak ikhlas mana. Apa saja yang dibuat kena ada scheme nak berkuasa.

5. Satu lagi perkara menarik yang terjadi semalam, satu video YB PAS yang disebar luas. Sembang dia dengan Agong dia pergi rakam dan ada mangkuk viralkan. Ini lagi satu bahana. Dah sahih2 la percakapan dengan Istana itu rahsia. Yang pergi rakam buat apa? Adakah nak jadi modal ambil habuan kemudian. Bukti sokongan nan satu kepada seseorang? Tu sebab saya kata political patronage ini bahaya. YB YB mabuk habuan dan kuasa bukan ingat apa. Lagi satu, itu penting pemimpin berilmu bukan naik sebab pakai serban sahaja. Decorum Istana pun tak tahu pantang larang, macam mana orang nak terima?

6. Satu perkara penting yang kena ingat dan tahu. YDPA bertitah 3 hari lepas, semua surat akuan mengenai calon PM kena “jelas, terang dan TANPA SYARAT”. Di samping itu juga, YB YB dititah untuk “jaga kerahsiaan surat akuan”. Makanya, semalam masa mengadap Agong, MUNGKIN, bukan saja Agong nak sahkan nominasi PM tetapi Baginda pun nak make sure tiada syarat dibuat untuk beri nama.Tambah lagi, YB YB kita masa 2-3 hari ni buat perang propaganda melalui media. Mana nak jaga kerahsiaan undi, ramai yang langgar titah. Ramai pun boleh kira derhaka.

7. Ada yang cakap “rombongan Cik Kiah” ke Istana Negara semalam pergi berpesta-pesta. Balik dah hambar, macam ayam berak kapur pula. Kita tak tahu apa yang berlaku sebetulnya. Adakah mereka kena belasah sebab langgar titah? Adakah semua SD yang langgar titah diterima? Perlukah dibuat semula? Bolehkah Agong lantik DSIS sebagai PM kalau lagu tu? Bolehkah Agong lantik Pembangkang pula? Banyak persoalannya.

8. Satu saja saya boleh jawab. PH jangan terlajak perasan. Kalaupun Agong tolak 50 SD Bersatu /PAS sebab terbatal, bukan automatik PH menang dan jadi Kerajaan. Lantikan masih kena ikut Perlembagaan. PH masih lagi perlu tunjuk nombor sokongan lebih 110 orang. Kalau tak boleh juga, boleh bye bye nak tubuh Kerajaan dan tunggu sahaja PRU15.

9. Ada yang geram. Kalau lagu ni dok bergaduh tiada hala tuju. Kenapa tak tubuh saja Megaran atau MPN? Ada yang cakap Agong guna lah kuasa, whip politicians yang ada. Ini saya kena cerita. Bawah Perlembagaan kuasa mutlak Agong hanya ada tiga. (1) Lantik PM (2) Bubar Parlimen (3) Panggil Mesyuarat MRR. Yang lain kalau Agong nak buat kena ada advise PM: Perkara 40 PP. Hatta nak umum Darurat pun begitu, kena PM advise dulu. So jangan marahkan Agong tak boleh declare darurat dan buat Mageran. His hands are tied, kerana kena ingat system kita ini Raja Perlembagaan. Apa yang Agong buat kena ikut Rule of Law. Bukan nya semborono.

10. Sekarang pandangan saya Agong is in a Catch-22. Itu orang putih cakap untuk situasi di mana diluah mati mak, ditelan mati bapak. Dia mahukan semua YB kita bersatu, buatkan genjatan senjata politik dan fokus pada Rakyat dan Negara. Nak buat macam mana, YB YB semuanya nakal tak dengar kata. Masih lagi main game musical chair nak rebut kuasa.

11. Hari ni Baginda akan bermesyuarat dengan his brethren dalam Majlis Raja-Raja. Nescaya, ada benda yang perlu diputuskan dan dibuat dengan bijaksana. Jangan lupa, Timbalan YDPA kita Sultan Raja Nazrin punya wibawa. PhD Havard dan didikan Oxford dalam Undang-Undang dan Sains Politik. Cer cerita YB mana yang boleh celen. Makanya kita harap game MRR lagi besar dari YB YB kita. Mereka pilih yang baik2 belaka untuk Malaysia.

12. Dulu masa nak batal darurat, Kerajaan PN menjawab Agong. Katanya kuasa batal Ordinan kuasa PM dan Kabinet. Agong kena dengar kata saja, jangan banyak soal. Haaa… Sekarang korang hadap. Lantikan PM kuasa Baginda sahaja. Tiada orang lain. Kalau Baginda nak korang main monopoly ke dulu dan tunjuk majoriti, lagu mana pun korang kena patuh.

13. Yang penting pada kita, apa pun terjadi nanti kita kena terima. Kalau betul UMNO naik kembali perintah negara, kita kena accept dengan mata tertutup (takut) tapi hati terbuka. Sebabnya itu yang dibolehkan di bawah Perlembagaan dan kita kena percaya. Agong dah buat sebaiknya untuk kita.
DAULAT TUANKU!
Wallahu ‘alam.
Salam hormat,

Sumber:

BACA: Ismail cukup pakar perangi Covid-19, puji Ahmad Maslan

CATEGORIES