Calon Perdana Menteri Interim?, Ini penjelasan PKR

PKR mengesahkan tidak mengadakan sebarang perbincangan mengenai pencalonan mana-mana individu daripada parti itu bagi jawatan Perdana Menteri interim.

Pengarah komunikasinya, Fahmi Fadzil, berkata jawatan Perdana Menteri interim sebenarnya tiada dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan hanya boleh terlaksana setelah Parlimen terbubar.

“Parti tidak mengadakan perbincangan (mengenai Perdana Menteri interim) sebelum ini. Ini (perbincangan) melibatkan (sokongan) Ahli-Ahli Parlimen (sahaja). Jadi kita belum sampai ke tahap itu.

PKR tidak bincang calon Perdana Menteri interim -  Fahmi Fadzil

Fahmi memberitahu, tiada sebarang perbincangan mengenai pencalonan jawatan Perdana Menteri interim. – Gambar fail/BERNAMA

“Perjalanannya masih lagi jauh kalau kita merujuk kepada Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dan Perlembangan sudah cukup jelas menerangkan mengenai permilihan dan perletakan jawatan seorang Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Fahmi menjelaskan, hanya seorang Ahli Parlimen yang diyakini dan mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat layak dipilih sebagai Perdana Menteri.

“Sekarang, jelas sekali Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang sokongan majoriti dan kita berharap beliau akan menghormati dan patuh kepada Perlembagaan.

“Kita ahli-ahli Dewan Rakyat telah angkat sumpah untuk melindungi dan mematuhi Perlembagaan. Sekiranya beliau enggan, ini satu perkara yang melanggar Perlembagaan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, PKR mengesahkan partinya telah mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong menolak Perdana Menteri.

Malaysiakini yang memetik sumber, melaporkan kesemua 105 Ahli Parlimen daripada Pejuang, DAP, PKR, Warisan, Parti Sarawak Bersatu, Muda, Amanah dan Maszlee Malik (Bebas) menghantar warkah menolak Muhyiddin.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/pkr-tidak-bincang-calon-perdana-menteri-interim-fahmi-fadzil-313486

BACA JUGA : ‘Hina’ MB Kedah : Ketua Umno Sungai Petani dipanggil Polis

COMMENTS

Wordpress (0)