Calon pemilik baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) baru-baru ini telah mendedahkan
Jumlah hutang yang ditanggung oleh pasukan yang digelar Sang Kenari itu.
Dalam satu hantaran di Facebook Dato’ Seri Azizul Tandek, beliau mendedahkan bahawa Kedah kini menanggung hutang berjumlah RM 14 juta.
Dato’ Seri Azizul, yang juga pemilik syarikat DSAT Group, menyatakan bahawa mungkin ada pihak luar yang
Ada mempertikaikan tindakannya untuk mengambil alih kelab tersebut. Namun, mengambil alih hutang sebesar RM 14 juta bukanlah perkara mudah.
“Pihak sana (KDA FC) yang datang kepada saya. Oleh kerana simpati terhadap pemain dan staf yang tidak menerima gaji berbulan-bulan, DSAT memutuskan untuk mengambil alih KDA FC sepenuhnya.
“Apabila pihak kami mengeluarkan dana 100 peratus, apa pula yang KDA FC akan beri kepada kami?
Sebab itu, keputusan untuk mengambil alih 100 peratus dibuat agar kami boleh menguruskan semuanya sendiri.
Orang luar boleh pertikai, tapi mengambil alih hutang sebanyak RM 14 juta ini bukan perkara kecil.
“Pihak DSAT ingin membantu memulihkan ekonomi dan kekuatan KDA FC agar tiada lagi masalah, dan sudah tentu kami telah kaji formula kami sendiri.
Tidak perlu semua pihak tahu cara atau kaedah pemulihan yang kami akan lakukan. Itulah kelebihan DSAT Group,” kongsi hantaran Facebook tersebut.
BACA: Bukan hanya Trump vs Kamala, rupanya ‘parti hijau’ juga bertanding pilihanraya Presiden AS