Calon Ketua Menteri PN mestilah daripada Bersatu – Muhyiddin

Calon bagi jawatan Ketua Menteri Melaka Perikatan Nasional (PN) mestilah dipilih daripada Bersatu, kata Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

Menurut laporan FMT, Muhyiddin dalam sidang medianya berkata, PN yang juga diwakili PAS dan Gerakan, pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka akan mengumumkan nama calon berkenaan beberapa hari sebelum sebelum hari pengundian pada 20 Nov.

“Mengambil kira Bersatu yang mempunyai jumlah calon terbanyak, jawatan berkenaan akan diberikan kepada seorang daripada Bersatu,” katanya.

Calon Ketua Menteri PN mestilah daripada Bersatu - Muhyiddin

Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka diwakili Bersatu, PAS dan Gerakan.

“Kami akan mengumumkan calon Ketua Menteri tidak lama lagi. Mengapa ambil masa yang lama? Itu adalah strategi kita.”

Katanya lagi, PN menubuhkan badan bagi memantau perkembangan pelaksanaan manifesto.

“Ini kerana kita bukan seperti Pakatan Harapan (PH), mereka menjanjikan bulan dan bintang. Sebagaimana kata Dr Mahathir Mohamad, manifesto bukan kitab suci. Kita tidak boleh menipu rakyat,” ujarnya.

Ahli parlimen Pagoh itu juga menyatakan bahawa beliau tidak gentar dan yakin pengundi akan memilih calon yang terbaik apabila diminta untuk mengulas berkenaan penentangan membabitkan MCA dan DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban.

Muhyiddin turut menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melonggarkan sekatan bagi beberapa hari demi membolehkan calon berkempen, sambil menambah mereka akan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Sebelum ini Barisan Nasional menamakan semula Sulaiman Md Ali sebagai calon Ketua Menteri Melaka, manakala PH turut mencalonkan Adly Zahari, mengisi jawatan berkenaan sekiranya menang PRN Melaka.

BACA JUGA : Muhyiddin dedah lebih rela beri kuasa kepada Umno berbanding Anwar
Kecoh !!! Artis belanja gambar dalam tab mandi, netizen suruh taubat

Artikel ini disiarkan pada 12/11/2021

COMMENTS