Calon katak : Akhirnya Adly Zahari bersuara

Akhirnya Adly Zahari bersuara. Pakatan Harapan (PH) Melaka masih menggunakan formula 8-11-9, iaitu lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk DAP, sembilan untuk Parti Amanah Negara (Amanah), dan 11 untuk Parti Keadilan Rakyat.

Namun, Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata, senarai calon akan dimuktamadkan oleh Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh terdekat.

Selain itu, beliau berkata, PH juga akan membincangkan mengenai nasib dua daripada empat bekas ADUN yang mengakibatkan kejatuhan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, sama ada mereka diterima atau tidak.

Calon katak : Akhirnya Adly Zahary bersuara

Pengerusi PH Melaka Adly Zahary berkata, senarai calon akan dimuktamadkan oleh Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh terdekat.

“Paling penting, fokus kita di peringkat PH Nasional itu yang akan buat keputusan muktamad, dan ia bukan sahaja melibatkan dua orang (tersebut), tapi melibatkan keseluruhan 28 calon kita.

“Semua pandangan ini kita ambil kira, kita harap kita dapat gabungkan semua kemampuan kita dalam tiga parti ini, dan juga melalui calon yang kita ketengahkan, dan itu terbaik untuk rakyat Melaka,” katanya lagi.

Pada 2 November lepas, media melaporkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai berkata, parti itu hanya berjaya meyakinkan sekutu dalam PH untuk menolak hanya dua daripada empat ADUN tersebut sebagai calon PH dalam PRN Melaka.

Dua lagi masih dipertimbangkan seperti yang dinyatakan Anwar Ibrahim.

Guan Eng berkata, DAP telah kalah undian dalam PH oleh PKR dan Amanah, selain terpaksa akur dengan keputusan majoriti demi kepentingan perpaduan pakatan tersebut.

Empat bekas ADUN yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Idris Haron, Datuk Nor Azman Hassan, Datuk Noor Effandi Ahmad, dan Datuk Norhizam Hassan Baktee, namun tidak dilaporkan siapa dua individu yang dalam pertimbangan PH.

Mengulas mengenai surat terbuka Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menggesa PH agar tidak menerima mana-mana individu berkenaan, Adly berkata, perkara itu turut dalam perbincangan mereka.

“Kita terbuka terima banyak pandangan daripada rakan rakan, itu memang prinsip kita untuk bersikap terbuka, biasanya kita akan berbincang semua pandangan ini, dan bagi kita hasil perbincangan ini kita cari yang terbaik.

“Dalam konteks PH, prinsip yang kita wujudkan, asas kita untuk memastikan kita dapat memacu kekuatan PH, bina kestabilan dalam PH, dan paling penting, kita mahu modul Khemah Besar itu berjaya,” katanya lagi.

BACA JUGA : Isteri sanggup tidur dengan bos agar suami dinaikkan pangkat
Dua premis tawar servis seks, GRO diserbu polis

CATEGORIES