Calon bebas dijangka hasilkan kejutan dalam PRK Chini

Calon Bebas, calon No 1, Tengku Dato Zainul Hisham atau dikenali sebagai Tengku Hisham adalah calon tumpuan buat BN untuk dilemahkan. BN sedar walaupun PH menarik diri dari PRK kali ini, namun Chini memiliki para penyokong PH yang semakin meningkat.

Hampir separuh dari para pengundi di Chini adalah di kalangan berusia 40 tahun ke bawah. Golongan ini kebiasaannya tidak mudah untuk digula-gulakan oleh janji-janji manis calon yang mewakili kerajaan. Kali ini, calon BN berdepan dengan anak tempatan, seorang calon yang mempunyai nama dan hubungan kekeluargaan yang ramai di Chini.

Berbanding seorang lagi calon Bebas Mohd Shukri atau dikenali sebagai CMK, beliau bukan dari anak tempatan yang sering tidak konsisten di dalam perjalanan politiknya. Memasuki pilihanraya buat calon ini umpama hobi semata-mata.

Pengundi-pengundi di Chini tiada pilihan lain selain dari memberikan undi kepada Tengku Hisham yang berjanji akan membawa suara masyarakat Chini.

Sumber: