CAC dalam kawasan perumahan dinilai semula untuk dipindahkan

CAC dalam kawasan perumahan dinilai semula untuk dipindahkan. Jabatan kesihatan Selangor akan menilai semula lokasi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Dewan Taman Sri Andalas, Klang untuk dipindahkan ke kawasan lebih sesuai.

Pengarah Kesihatan Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman berkata, penilaian semula itu dilakukan berdasarkan rungutan penduduk setempat yang menyifatkan lokasi CAC tersebut tidak sesuai kerana berhampiran penempatan serta laluan utama keluar masuk ke perumahan berkenaan.

“Kita akan melakukan penilaian semula, sekiranya CAC Andalas ini tidak dapat beroperasi dengan baik, kita akan pindahkan ke tempat lain yang telah dikenal pasti dalam tempoh dua minggu,” katanya pada sidang media khas bersama Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

CAC

Isu tersebut timbul apabila penduduk sekitar Taman Sri Andalas mendakwa CAC itu tidak sesuai ditempatkan di kawasan itu.

Sha’ari berkata, setakat ini pihaknya telah mengambil langkah perlu termasuk memisahkan penduduk setempat dengan pesakit positif Covid-19 yang hadir ke CAC terbabit.

“Kita telah menambahkan anggota kawalan lalu lintas dan kita telah dapat menguruskan aliran pesakit untuk ke CAC berkenaan.

“Pada masa yang sama, kita telah meletakkan beberapa khemah dan kerusi untuk memudahkan pesakit supaya tidak panas dan sebagainya,” katanya.

Sha’ari berkata CAC Andalas adalah CAC gantian daripada Taman Botani, Klang yang tidak dapat menampung pesakit.

Jelasnya CAC Andalas yang dibuka sejak Isnin dapat menampung 1,000 pesakit.

Bagaimanapun, semalam CAC itu dibanjiri 1,924 orang pesakit yang mencetuskan kebimbangan penduduk di situ.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/13/cac-sri-andalas-dinilai-semula-untuk-dipindahkan-dalam-tempoh-2-minggu/

jika Terlepas: MP Kota Raja desak CAC di kawasan perumahan dipindahkan

COMMENTS

Wordpress (0)