Cabul bekas penyampai berita, Mohd Faizal Hussain didakwa

Mohd Faizal Hussain, 53, mengakui tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Menurut pertuduhan, lelaki tersebut dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap rakan sekerjanya yang berusia 54 tahun,

Dengan memegang tangan wanita tersebut dengan niat mencabul kehormatannya, di depan dewan sebuah hotel di Damansara pada jam 1 tengah hari, pada 13 Julai yang lalu.

Cabul bekas penyampai berita, Mohd Faizal Hussain didakwa

Pertuduhan ini dibuat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau kedua-duanya, sekiranya tertuduh sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan agar tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat tambahan untuk tidak mengganggu mangsa serta saksi.

Baca Artikel Penuh