Bursa Malaysia Turun 6.27 Peratus Hari Ini

Bursa Malaysia susut 6.27 peratus semasa mengakhiri dagangan sesi pagi hari ini susulan penjualan di seluruh papan, seiring dengan prestasi rendah dicatatkan bursa serantau, berikutan kebimbangan dan ketidakpastian yang wujud akibat penularan COVID-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula baru-baru ini telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik.

Di peringkat rantau, Indeks Nikkei 225 Jepun turun 8.45 peratus, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 5.78 peratus, Kopsi Korea Selatan berkurangan 7.97 peratus dan Indeks Straits Times Singapura menguncup 4.98 peratus.

Di peringkat global pula, pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami penurunan terbesar dalam satu hari pada Khamis, sejak kejatuhan pasaran saham atau dikenali sebagai Black Monday pada 1987.

Bacaan Lanjut : http://www.astroawani.com/berita-bisnes/bursa-malaysia-turun-6-27-peratus-berikutan-kebimbangan-mengenai-covid-19-233581