Bursa Malaysia Menjunam Gara-Gara Usaha Penubuhan “Kerajaan Semburit”

BURSA tempatan terus berada dalam tekanan disebabkan ketidakpastian yang menyelubungi landskap politik negara yang menyebabkan indeks petunjuk pasaran itu turun ke paras terendahnya sejak Disember 2011.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.54 peratus atau 38.94 mata berbanding paras penutup 1,531.20 pada Jumaat.

Indeks itu dibuka pada 1,501.47, terapung antara paras 1,491.20 hingga 1,510.42 sepanjang sesi pagi.

Di seluruh papan, semua indeks negatif dengan kaunter pembinaan menjadi saham yang mencatatkan penurunan terbesar turun 5.72 peratus, apabila perkembangan mutakhir politik tempatan meninggalkan banyak persoalan mengenai projek semasa dan akan datang kerajaan.

Sejak pagi, saham milik syarikat berkaitan kerajaan paling teruk terjejas dengan gergasi utiliti, Tenaga Nasional menerajui kaunter rugi jatuh 42 sen kepada RM12.36, manakala Maybank susut 20 sen kepada RM8.21 dan CIMB Group berkurangan 18 sen kepada RM4.82.

Sementara itu, saham berkaitan Petronas seperti Petronas Chemicals turun 20 sen kepada RM6.25, Petronas Dagangan susut 20 sen kepada RM21.80, MISC jatuh 45 sen kepada RM7.24 dan saham telekomunikasi Axiata jatuh 20 sen kepada RM4.05.

Public Bank adalah kaunter paling rugi utama jatuh 66 sen kepada RM17.56.

Penurunan dalam saham-saham ini telah menyeret turun indeks komposit sebanyak 25.95 mata.

Seorang penganalisis berkata, FBM KLCI dijangka terus berada dalam aliran menurun dan menguji paras 1,480 sekiranya keadaan ketidakpastian politik ini berterusan sepanjang hari.

“Pelbagai pihak mengadakan mesyuarat di pelbagai tempat. Bagaimanapun, masih belum jelas apakah hasilnya kelak.

“Oleh itu, kami menjangka penurunan pasaran ekuiti tempatan terutamanya dalam kaunter berkaitan kerajaan,” katanya kepada Bernama.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)