Bung Moktar dipindah ke blok pembangkang pada sidang Dun Sabah

Bung Moktar dipindah ke blok pembangkang pada sidang Dun Sabah. Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini, menyaksikan tempat duduk sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berubah, berikutan perkembangan semasa politik di Sabah, ketika ini.

Ini termasuk tempat duduk Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah merangkap ADUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Selain itu, dua lagi tempat duduk ADUN BN yang sebelum ini menyandang jawatan menteri dalam Kabinet negeri turut berubah iaitu ADUN Karambunai, Datuk Yakub Khan dan ADUN Sukau, Datuk Jafry Ariffin.

Bung Moktar dipindah ke blok pembangkang pada sidang Dun Sabah

Ketiga-tiga tempat duduk ADUN terbabit dipindahkan di blok pembangkang.

Bagaimanapun, kedudukan tempat duduk lima ADUN BN Sabah yang menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah kekal.

Baca Artikel Penuh