Bukan sahaja Ketua Agama, ini fungsi YDP Agong dalam politik negara yang rakyat patut tahu

Seperti yang kita semua sedia maklum, negara kita pernah bergolak dengan isu politik yang hampir menjejaskan ekonomi negara.

Situasinya sehingga Tun Mahathir diangkat semula sebagai Perdana Menteri Interim selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7,

Dan segala pelantikan menteri serta timbalan menteri dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Seperti yang kita semua sedia maklum, negara kita pernah bergolak dengan isu politik yang hampir menjejaskan ekonomi negara. Situasinya sehingga Tun Mahathir diangkat semula sebagai Perdana Menteri Interim selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, dan segala pelantikan menteri serta timbalan menteri dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kemelut politik ini menunjukkan bagaimana peranan Yang di-Pertuan Agong dijalankan sebagai Raja Berperlembagaan. Baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong telah mengadakan wawancara peribadi dengan semua ahli Parlimen sebanyak 221 orang untuk mendapatkan keputusan bagi melantik Perdana Menteri seterusnya, seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan di mana Yang di-Pertuan Agong berhak melantik perdana menteri daripada ahli Dewan Rakyat yang, pada pendapat baginda, memperoleh sokongan majoriti. Kerana tiada keputusan yang jelas diperoleh oleh Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri seterusnya berdasarkan Perkara 43 (2)(a), Baginda menjalankan tanggungjawab melalui Majlis Raja-Raja seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 38 (6)(b), di mana ahli Majlis Raja-Raja berhak untuk memberi nasihat berkaitan dengan pelantikan. Jika Yang di-Pertuan Agong memilih untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya, Baginda boleh melaksanakan tugasnya mengikut Perkara 55 (2), iaitu Baginda berhak untuk memprorog atau membubarkan Parlimen. Jelas, Yang di-Pertuan Agong bukan hanya pemimpin agama Islam dan pelindung kepada hak istimewa orang Melayu, malah peranannya yang penting dalam urusan pentadbiran negara sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. OHMEDIA: Kepada sesiapa yang mengkritik Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, harap faham mengenai fungsi YDPA dalam pentadbiran.

Kemelut politik ini menunjukkan bagaimana peranan Yang di-Pertuan Agong dijalankan sebagai Raja Berperlembagaan.

Baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong telah mengadakan wawancara peribadi dengan semua ahli Parlimen sebanyak 221 orang untuk mendapatkan keputusan bagi melantik Perdana Menteri seterusnya,

Baca Artikel Penuh