‘Bukan kerajaan BN, ini kerajaan PN’, tegas pemimpin Bersatu

komen

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertegas kerajaan baharu yang diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekarang adalah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Bersatu, Dr. Afif Bahardin berkata, kerajaan hari ini masih kerajaan PN kerana ia dibentuk atas kesepakatan beberapa buah parti.

Menurutnya, sehubungan itu dakwaan kerajaan sekarang adalah kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak tepat.

'Bukan kerajaan BN, ini kerajaan PN', tegas pemimpin Bersatu

AFIF BAHARDIN

“Kerajaan yang terbentuk pada masa ini adalah hasil kesepakatan BN, PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Kita mempunyai Perdana Menteri yang kebetulan dari BN yang mendapat 114 sokongan termasuk daripada ahli Parlimen Bersatu.

“Sebab itu pada pandangan saya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seorang Perdana Menteri dari kerajaan PN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dekat sini hari ini.

Menurutnya, namun sama ada kerajaan hari ini kerajaan BN atau PN bukan isu besar dan tidak sepatutnya ditimbulkan.

“Sepatutnya setelah kerajaan dibentuk, kita semua perlu fokus kepada masalah rakyat dan memastikan kita dapat keluar daripada pandemik Covid-19 ini, sekarang bukan masanya untuk bermain polemik dan berpolitik,” katanya.

Sementara itu, Afif berharap semua program dan usaha bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi perhatian oleh Perdana Menteri baharu setelah melantik barisan Kabinet hari ini.

“Keutamaan kerajaan baharu ini tentunya akan memberi lebih tumpuan kepada masalah rakyat, memulihkan kembali ekonomi negara dan memastikan kita dapat keluar dari pandemik ini,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/ini-kerajaan-pn-bukan-kerajaan-bn-bersatu/

BACA JUGA : Setelah segala krisis berlaku, rakyat kecewa dapat barisan menteri muka sama

COMMENTS

Wordpress (0)