Budak tadika ‘rembat’ gelang emas ibu untuk diberi kepada kekasih hati, sekali lain pula reaksi ibu dia

Budak tadika ‘rembat’ gelang emas ibu untuk diberi kepada kekasih hati, sekali lain pula reaksi ibu dia.

Satu klip video yang menunjukkan seorang budak lelaki China mengaku membawa gelang emas ibunya ke tadika

untuk diberikan kepada kekasih hatinya, menjadi tular di internet, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Budak tadika 'rembat' gelang emas ibu untuk diberi kepada kekasih hati, sekali lain pula reaksi ibu dia

Dalam klip itu, seorang budak lelaki dilihat mengaku kepada ibunya bahawa dia membawa barang kemas milik wanita berkenaan berharga hampir AS$1,540 (RM6,892) ke sekolahnya.

Si ibu tertawa ketika ‘menyoal siasat’ anaknya. Klip video itu mencuit hati ramai netizen dan mencetuskan sensasi di media sosial.

Si ibu berkata, seorang guru memberitahu tentang tindakan anaknya selepas dia melihat kanak-kanak tersebut membawa gelang emas itu ke tadika berkenaan di Wilayah Autonomi Mongolia, pedalaman China.

Menurut ibunya itu, dia terperanjat dengan tindakan anaknya.

Gelang emas itu adalah hadiah daripada bapa kanak-kanak itu kepada ibunya.

Apabila ditanya mengapa dia membawanya ke sekolah, budak lelaki itu menjawab bahawa dia ingin memberikannya kepada teman wanitanya sebagai hadiah.

BACA:

“Aku ni sakit berpantang dengan nak cek anak kuning lagi! Sekali suami kantoi nikah lagi!” Sekali ini pula respon mak bila tahu

“Bodoh mak kau ni, dah tau ada anak kecik, berjalan bawa la pampers”, budak ini dedah cerita sebenar sekali lain pula respon ayah