Budak ‘sindrom down’ tak rasa sakit walau kita berkasar denganya – Bainun

Budak 'sindrom down' tak rasa sakit walau kita berkasar denganya - Bainun

Budak ‘sindrom down’ tak rasa sakit walau kita berkasar denganya – Bainun. Rakan Siti Bainun memberitahu Mahkamah Sesyen di sini semalam bahawa pengasas Rumah Bonda itu menganggap kanak-kanak sindrom down tidak akan merasa sakit kalau dikasari.

Penyelidik Undang-Undang, Suhana Zam berkata, perkara itu diberitahu Siti Bainun sendiri selepas dia menegur wanita itu yang dilihat sedang mencium salah seorang bayi sindrom down dengan kasar.

“Saya berkata pada dia (Siti Bainun), jangan cium budak itu kuat-kuat sangat sebab nanti dia sakit.

“Siti Bainun menjawab semula dengan mengatakan ‘budak sindrom down tak rasa sakit, kak’ kata saksi itu.

Bayi sindrom down tersebut merupakan salah seorang anak angkat Siti Bainun yang dikenali sebagai Tulus Bael.

Siti Bainun, 30, kini dibicarakan atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down bernama Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Budak 'sindrom down' tak rasa sakit walau kita berkasar denganya - Bainun

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Suhana, 40, memberitahu bahawa dia tidak dibenarkan membuat sebarang kerja rumah ketika melawat kondominium Siti Bainun di Wangsa Maju.

Sebaliknya, beberapa remaja di bawah jagaan Siti Bainun iaitu Balqis, Yasmin dan Aida yang diarahkan untuk melakukan kerja-kerja rumah itu.

Saksi utu berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad.

Nor Azizah: Mengapa awak tidak setuju bahawa Bainon tidak menjaga Tulus Jiwa dan Tulus Bael dengan baik?

Suhana: Kerana setiap kali saya berada di rumahnya, bukan Bainon yang jaga bayi itu namun sebaliknya Yasmin, Aida atau Balqis yang jaga.

Nor Azizah: Semasa soal balas, kamu berkata kamu tidak membantu membersihkan ruang dobi apabila terhidu bau najis di situ. Kenapa?

Suhana: Semasa saya ke rumahnya, saya tahu Bainon mempunyai peraturan rumahnya sendiri dan dia biarkan ketiga-tiga gadis ini untuk menguruskan kerja rumah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung hari ini.

BACA:

OPR naik lagi!

Lelaki gatal mula banjiri komen tiktok Lizzy selepas tunjuk ‘bra’ pink

“NFT hanyalah satu penipuan” – Bill Gates

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] Budak ‘sindrom down’ tak rasa sakit walau kita berkasar denganya – Bainun […]

  • […] Budak ‘sindrom down’ tak rasa sakit walau kita berkasar denganya – Bainun […]

  • […] Budak ‘sindrom down’ tak rasa sakit walau kita berkasar denganya – Bainun […]