Budak sekolah tingkatan satu jadi jutawan dengan hanya jual lukisan NFT

Budak sekolah tingkatan satu jadi jutawan dengan hanya jual lukisan NFT. Seorang remaja berusia 13 tahun menjadi jutawan dalam masa setahun selepas jual lukisan miliknya sebagai non-fungible token (NFT).

Pelukis muda, Nyla Hayes menjual hasil seninya di laman web NFT, di mana mereka yang berminat boleh membeli lukisannya di laman tersebut menggunakan mata wang kripto.

Untuk pengetahuan, NFT adalah aset grafik kripto yang mempunyai identiti kod dan metadata yang tersendiri, serta tidak boleh ditukar dengan nilai yang sama antara satu sama lain.

Budak sekolah tingkatan satu jadi jutawan dengan hanya jual lukisan NFT

Seperti dalam dunia sebenar, NFT digunakan sebagai token untuk menilai aset dalam seperti hartanah dan karya seni.

Pada bulan Mac, Hayes telah menjual potret lukisannya, “Long Neckie Lady” dengan harga $6,621.70 (kira-kira RM27,946) di laman Instagram.

Manakala sebuah lagi lukisan lain dijual pada bulan sebelumnya dengan harga $3,920.05 (kira-kira RM16,544).

Ketengahkan karakter wanita

Dalam hasil karyanya, Hayes mengetengahkan karakter-karakter wanita, seperti ikon wanita Ruth Bader Ginsburg, Lucille Ball serta wanita biasa pada umumnya.

“Saya melukis wanita dari seluruh dunia kerana saya sangat menyukai budaya yang berbeza dan latar belakang yang berbeza,” katanya pelukis digital itu ketika dihubungi NBC.

Karya Hayes turut menerapkan satu ciri khusus yang membuatkan kesemua 3,000 potret yang dilukis olehnya lebih menonjol.

Budak sekolah tingkatan satu jadi jutawan dengan hanya jual lukisan NFT

Karakter-karakter dalam koleksi Hayes dilukis dengan leher yang panjang. Menurut remaja berbakat besar itu, ia telah ‘melekat’ pada dirinya sejak zaman kanak-kanak.

Jelas Hayes, dia menyukai dinosaur berleher panjang, Brontosaurus ketika dia masih kecil dan memberi nama panggilan kepada haiwan purba berkenaan.

“Saya tidak tahu nak panggil apa, jadi saya hanya menggelar mereka sebagai leher panjang.

“Awalnya, saya hanya mahu menggabungkan dua perkara yang saya suka bersama, iaitu wanita dan Brontosaurus.

“Saya ingin menunjukkan betapa cantik dan kuatnya wanita dan saya juga terfikir akan Brontosaurus,” katanya.

Budak sekolah tingkatan satu jadi jutawan dengan hanya jual lukisan NFT

Tak sangka lukisan laku dengan NFT

Menurut ibu Hayes, dia mendapatkan telefon pintar untuk anak perempuannya ketika berusia sembilan tahun kerana Hayes sangat meminati seni.

“Saya dapat melihat betapa bersemangatnya dia dalam seni dan saya hanya berfikir, jika saya boleh memberi sokongan dalam apa cara sekalipun.

“Itulah yang saya akan lakukan,” ujar ibu Hayes.

Sebelum ini, remaja tersebut hanya melukis potret melalui telefon pintar miliknya tanpa disangka kini bergelar jutawan dengan hanya jual lukisan.

Pada mulanya, Hayes hanya menujukkan lukisan tersebut kepada keluarga dan rakan kerana khuatir hasil tangannya tidak digemari atau dianggap pelik.

Namun dengan sedikit dorongan dari bapa saudaranya, Hayes serta ibunya memutuskan untuk melihat sama ada ia boleh dipasarkan dengan NFT.

“Sejujurnya, apabila saya mula-mula mendengar tentang NFT, saya suka.

“Sejujurnya saya tidak tahu tentang perkara ini tetapi saya sudah lama mahu menunjukkan hasil seni saya jadi ia adalah platform yang baik untuk melakukannya,” kata Hayes.

Apabila dia mula memasarkan potretnya dengan NFT, Hayes mengaku tidak sangka lukisannya laku dan membuahkan hasil seperti sekarang.

“Saya cuma fikir, ia akan seronok mempamerkan karya saya di luar sana dan menunjukkannya kepada orang ramai.

“Tetapi melihat bagaimana orang bertindak balas terhadapnya, saya tak sangka ia akan ‘meletup’ seperti ini, ” tambah Hayes.

TONTON:

BACA:

Aliff syukri baru tahu sebab harga durian ‘musang king’ mahal selepas 400 pokoknya mati

Baim Wong kantoi tak puasa, selamba makan jajan waktu tengahari

CIMB nekad saman balas kepada 12 individu tersalah bekukan akaun

CATEGORIES