Anak-anak adalah pelapis masa depan negara. Mereka bakal menerajui negara sebagai pemimpin kelak.
Wajib untuk kita sebagai yang tua dan pendidik hatta ibu bapa sekalipun mengajar erti kehidupan yang sebenar.
Perkongsian dari seorang lelaki di facebook hari ini sangat membimbangkan.
Punah generasi kita akan datang kalau perkara ini menular di setiap sekolah.
Aktiviti yang sangat tidak sihat ini boleh menjurumus negara ke arah kerosakan akhlak dan sebagai seorang muslim.
Lelaki tersebut mendedahkan sudah ada dikalangan budak sekolah rendah yang menawarkan khidmat ‘BJ’. Istilah ‘BJ’ merujuk kepada perkataan ‘blowjob’
yang sinonim dengan menghisap kemaluan seorang. Alangkah jijik mendengar apabila ada aktiviti tidak sihat ini wujud di sekolah rendah.
Ikuti perkongsian dari pemuda ini:-
Baru sahaja Dapat cerita sebuah sekolah kebangsaan di sebuah negeri. Budak lelaki tahap 2 ada buat bisnes. BJ dengan harga RM10.00. Perniagaan ini berlaku dikalangan murid lelaki dan perempuan.
Dikalangan guru pula saling menyalahkan. Guru akademik salahkan guru Pendidikan Islam. Guru kaunseling pula tak tahu nak buat apa apa. Guru Pendidikan Jasmani pula buntu. Katanya tak pandai nak ajar dan selitkan dengan agama islam walaupun beragama Islam .
Sekarang, sekolah ni sibuk nak cari penceramah yang boleh ‘basuh’ kepala otak murid-murid.
Silap wahai guru !
Yang wajib kena basuh, cuci dan penyegaran adalah guru guru. Cikgu cikgu dari guru besar sehingga guru biasa wajib faham tentang Pendidikan Seksualiti. Bukan saling salah menyalahkan.
Untuk murid pula, perlu diberi kesedaran kepada mereka. Mak Bapak pun perlu dipanggil untuk di’basuh’ kaw kaw agar elemen Pendidikan Seksualiti ini difahami dari rumah lagi.
Kalau up kan nama negeri tu rasa rasa kena kecam atau akan dipanggil untuk bincang bersama ?
Serius dah ni.