Budak ni mandi dalam periuk besar buat orang tua terkenang zaman mereka. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.
Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.
Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @maizatulmazlan, kelihatan seorang kanak-kanak yang sedang mandi bersebelahan dengan seseorang yang difahamkan merupakan bapanya.
@maizatulmazlan boleh la dari xde . tokmi die cakap orang dulu2 pakai ni je 🤣#fyp #budakkecik #viral #nakmarahtapikenasabar #fypシ #curlhair #umar #selamataharirayaiduladha1441h ♬ suara asli – 🌀WILFEXBOR🌀
Namun apa yang mencvri perhatian ialah kanak-kanak tersebut yang mandi di dalam periuk ibunya, berbeza dengan kanak-kanak lain yang secara amnya gemar mandi di dalam kolam.
“Boleh la dari xde . tokmi die cakap orang dulu2 pakai ni je,” tulis @maizatulmazlan menerusi video.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 52.9k tontonan, 2.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.
Komen netizen:
BACA:
Ini keadaan terkini Nad Zainal selepas keadaan kritikal semalam
Harga sawit dijangka terus meningkat dibawah pentadbiran Anwar
Wan Saiful sekolahkan Takiyuddin, mungkin dia terlepas memo PN jadi pembangkang